Salam.... Insyaallah, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) akan mengadakan BENGKEL SUKARELAWAN MUDA 2010 pada ketetapan berikut:
TARIKH : 16-18 April 2010 TEMPAT : Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor SASARAN : Pelajar menengah atas (ting 4,5 & 6, lepasan SPM, STPM & STAM YURAN : RM20(termasuk penginapan, makanan & pengisian)
Antara objektif program ini ialah untuk mengumpulkan seberapa ramai anak Johor bagi menerapkan semangat kesukarelawanan dalam diri mereka. Program ini juga merupakan medium bagi melahirkan generasi muda yang proaktif, responsif dan berjiwa ummah dalam bersama masyarakat sejagat.
Sila hantarkan penyertaan selewat-lewatnya pada 8 April 2010. Sebarang penyertaan atau pertanyaan, sila hubungi:
ZUL IKRAM BIN ISHAK 013-3646958 NORHAFIZAH AHMAD 017-7917685
~ Untuk menyemaikan sikap berdisiplin dan bertanggungjawab pelajar ketika melakukan aktiviti
~ Melahirkan remaja yang bermotivasi tinggi dan bersikap yakin diri (Surah Ar-Ra’d)
~ Melahirkan remaja Islam yang mempunyai sifat sukarelawan yang tinggi
~ Melahirkan remaja Islam yang dekat hatinya dengan aktiviti di masjid
~ Membentuk remaja Islam yang mendorong orang lain melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
~ Melahirkan pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi yang akan membantu pelajar, rakan sebaya dan masyarakat serta lebih bersifat yakin kepada diri sendiri.
Pakaian solat, pakaian sukan, peralatan mandi, selimut, bantal, toto, file, buku nota/catitan, pen/pensel dan lain-lain mengikut keperluan (seperti ubatan dsb). Dilarang membawa alat kemas, telefon bimbit dan barang-barang berharga lain (Jika ingin membawanya juga,berikan kepada fasilitator disimpan untuk keselamatan)
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. "
[Ali-imran: 104]
Ilmu itu adalah sesuatu yang mendatangkan ma'na, melalui bahasa sebagai tanda..
Saifuz zahab
Tanbihul Ghofil
Ahlan Bikum Jami'an
~
"(3:110)....Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)...."
Hamba, khalifah. Faqiru Fiddin yang dilahirkan di johor bahru, kini menetap di segamat johor. Menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan MBBS USIM