Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts

JURU DAKWAH YANG TIDAK GENTAR

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya kemarahan orang-orang badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh dan mengungkit-ngungkit dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam. Namun tanpa curiga sedikit pun Rasulullah memberikan sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab yang menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam. Untuk itu mereka meminta para jurudakwah dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat yang alim diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat bersama para pedagang Arab itu.

Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu tiba-tiba melakukan pengurangan atas keenam sahabat Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail. Keenam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah insaf bahawa mereka tengah dijebak.

Para pedagang yang licik tadi berteriak, "Sabar saudara-saudara. Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai budak belian. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib mereka bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam pertarungan tidak berimbang itu. Kerana mereka segera bertakbir seraya menyerang dengan tangkas.

Terjadilah pertempuran seru antara enam pendakwah berhati tulus dengan orang-orang yang beringas yang jumlanya jauh lebih besar. Pedang mereka ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah menjadi korban. Akhirnya tiga sahabat tertusuk musuh dan langsung gugur. Seorang lagi dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang; Zaid bin Addutsunah dan Khusaib bin Adi.

Apalah daya dua orang pejuang, betapa pun lincahnya perlawanan merek, menghadapi begitu banyak musuh yang tangguh ? Selang beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang itu dapat dilumpuhkan dan belenggu. Lalu mereka diangkut menuju pasar budak di Makkah. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada budak-budaknya. Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah teik matahari dengan badan ditindihi batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina Abu Bakar Assidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazin, tukang azan.

Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadap-hadapan dengan bekas budaknya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam pertempuran yang sengit satu lawan satu. Adapun Khubaib bin Adi diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas dendam kebencian mereka kepada umat Islam.

Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid diseret menuju Tan'im, salah satu tempat untuk miqat umrah. DI sanalah Zaid akan dijalani hukuman pancung, buatkan sesuatu yang ia tidak pernah melakukannya, iaitu terbunuhnya Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan. Menjelang algojo menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu Sufyan bertanya garang, "Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di rumah ?"

"Janganlah begitu," bantah Zaid dengan keras. "Dalam keadaan begini pun aku tidak rela Rasulullah tertusuk duri kecil di rumahnya."

Abu Sufyan menjadi marah. "Bereskan," teriaknya kepada algojo. Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari dan darah segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni syurga dengan seorang syuhada' lagi. Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy lainnya timbul kehairanan akan kesetiaan para sahabat kepada Muhammad. Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum, "Aku tidak perna menemukan seorang yang begitu dicintai para sahabat seperti Muhammad."

Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang pula rombongan lain yang menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga Khubaib. Juru dakwah yang bestari ini meminta izin untuk solat sunnah dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya sampai selesai. Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata, "Demi Allah. Andai kata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut, maka solatku akan kulakukan lebih panjang."

Khubaib disalib dahulu lalu dihabisi sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran takkan pernah padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga makin banyak jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri, atas biaya peribadi, menyelusup keluar-masuk pedalaman berbatu-batu karang atau berhutan-hutan belantara buat menyampaikan firman Tuhan menuju keselamatan.

 


Suci jiwa (2) Siapa kita?

Category: , , , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Selasa 25 Mei 2010

Assalamu'alaikum wbt...Pagi yang sangat tenang dan menenangkan. Dihiasi dengan zikir ma'thurat tentunya membungakan hati, membuka tirai kerinduan kepada ilahi dan sahabat seperjuangan. Mengenangkan posisi kita sebagai hamba tegar, milik tuhan yang maha esa secara mutlak, membuatkan jiwa ini sentiasa terlindung, lebih teratur, tidak keterciciran di mana2 jua simpang sepanjang perjalanan da'wah.

Dimensi Hidup dan Jalan | Prolog

Begitu indahnya dunia ini apabila kita disajikan kesenangan hidup, kekayaan aset, kemewahan yang tiada titik akhir, kuasa untuk menggerakkan sesuatu, jawatan dan pangkat yang menjadi kebanggaan, perempuan, kerinduan oleh kekasih gelap, kasta dan pengkelasan taraf hidup yang membezakan antara tikus dengan politikus, antara bubur nasi dengan makaroni, serta hiburan yang istimror. Kesemua perhiasan hidup ini (rujuk Al-imron:14) adalah sajian persoalan, percaturan dunia untuk hambaNya sepanjang penerokaan redha allah swt. Jalan yang allah swt berikan kepada kita ini bukanlah jalan yang biasa. Ada persimpangannya, ada perhentian semantara yang indah permai, ada rintangannya, ada onak durinya, ada sahabat yang bersama-sama dengan kita, ada bekalnya, ada pencahayaannya, ada papan tandanya, ada pandu arahnya namun adakah kita sedar akan semua ini?

Manusia dan Penglihatan

Allah swt maha adil dan bijaksana dalam merangka dan membuat perhitungan untuk hamba-hambaNya. Diciptakan dunia ini untuk hambaNya menjadi khalifah, menjaga dengan baik sebagai suatu bentuk amanah, tidak dirosak-rosakkan dan pastinya hamba Allah swt Tuhan Sekalian Alam yang terpilih ini ialah manusia. Istimewanya manusia berbanding hambaNya yang lain seperti haiwan, batu, pokok, gunung, dan segalanya adalah kerana manusia dikurniakan 'aqal. 'aqal membolehkan manusia berfikir, merencana dan membuat keputusan sewajarnya mengikut keperluan dalam kehidupan ummat seluruhnya. Manusia juga bukan sekadar mampu melihat bahkan menafsir apa sahaja yang dilihat, memahami dan menghayati sedalam-dalamnya sesuatu perkara itu dengan jelas. Kemampuan ini membantu manusia untuk memahami dan melaksanakan amanah dari Allah swt Tuhan Sekalian Alam ini dengan baik. Maka, hebat sungguh manusia berbanding hamba-hambaNya yang lain. Peringatan daripada Allah swt;

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-a'Rof:179)

Tasyrifan atau Taklifan?

Tasyrifan itu adalah suatu bentuk penghormatan, memuliakan seseorang, tanda penghargaan tanpa diikat kepada sesuatu tanggungjawab. Taklifan itu pula merupakan suatu tanggungjawab, melaksanakan amanah yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Manusia itu adalah hamba yang terpilih, diangkat oleh Allah swt Tuhan Sekalian Alam antara hamba-hambaNya yang lain untuk menjadi khalifah, sebagai raja yang mengurus dan mentadbir isi dunia. Adakah ini suatu tasyrifan atau taklifan? Sudah tentulah taklifan, kerana manusialah yang memiliki 'aqal untuk membezakan secara lahiriah antara hambaNya yang lain, diberi tanggungjawab untuk mentadbir, mengurus secara baik segala isi alam ini. Bukanlah berseronok, bersuka ria mengisi ruang kekosongan usia, menghabiskan sumber tenaga didunia lalu mengabaikan kebajikan hamba-hamba Allah swt yang lain. Sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam AlQuran;

  • Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [AlbaQoroh:29]
  • Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".[AlbaQoroh:30]
  • Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". [AlbaQoroh:31]
  • Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". [AlbaQoroh:32]
  • Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".[AlbaQoroh:33]
Maha suci Allah swt, manusia itu diciptakan sangat istimewa, berbeza kemampuan berbanding hamba-hamba Allah swt yang lain. Begitu besarnya amanah dan kepercayaan yang allah swt berikan, letakkan kepada manusia untuk menggerakkan agenda pentadbiran dan pengurusan didunia ini, khususnya di atas muka bumi untuk tunduk menyembah Allah swt. Persoalannya, adakah kita sedar akan perkara ini dalam kerancakan mengejar kuasa dan keseronokan dunia?

Agenda 'Ubudiah | Sujud Kepada Allah Swt

Allah swt maha hebat dan bijaksana. Manusia walaupun diberi taklifan sebagai khalifah, yang membezakan dari hamba-hambaNya yang lain secara zahir, tetap tidak akan lari dari konsep pengabdian diri kepada Allah swt. Manusia itu khalifah, tetap hamba kepada Allah swt. Tunduk, sujud kepada Allah swt, memohon keampunan dan keberkatan hidup daripada Allah swt. Keseimbangan ini mengisi kekosongan jiwa manusia, supaya sentiasa bergantung kepada Allah swt, menjalankan amanah kerana cintanya kepada Allah swt. Membawa seluruh makhluk Allah swt, baik yang sekecil2 cipataan sehinggalah sebesar2 alam untuk sama2 tunduk kepada Allah swt. Merealisasikan konsep 'ubudiah, iaitu penghambaan diri kepada Allah 'azzawajalla.

Dimensi Hidup dan Jalan | Epilog

Cantiknya perjalanan hidup ini, walaupun dihiasi pelbagai bentuk dugaan dan cabaran yang getir, Allah swt tetap memberi petunjuk, cahaya yang membebaskan diri manusia ini dari cengkaman yang bathil. Dikurniakan nabi dan Rosul sebagai pendorong, memberi semangat, yang mengingatkan kita supaya kembali mengesakan Allah swt dan mempermudah perjalanan dengan contoh yang terbaik dalam mencapai keredhaan Allah swt. Diturunkan pula AlQuran sebagai pedoman, yang memeta dan memandu arah kita sehingga sampai kepada Allah swt. Diberikan bekal, ataupun ruang hidup untuk kita meningkatkan dan meningkatkan lagi ibadah kita untuk dibawa ke akhirat kelak, ditemukan kita dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang terus menerus mengingatkan kita sewaktu terlupa, sama2 berjalan menempuh perjalanan menuju Allah swt. Adakah kita menghargai kesemua nikmat ini?

Dunia ini adalah suatu perhentian yang sementara. Walaupun indah dan permai, namun ia tidak berkekalan dan pasti akan hancur lebur. Maka janganlah leka dan berangkatlah meneruskan perjalanan, jangan tersalah memilih simpang, hayati dan fahami panduan hidup di dalam AlQuran. Berhati-hati meredah onak duri kehidupan serta bertawakal sepenuhnya kepada Allah swt. Hidup ini bukanlah jalan yang biasa. Astaghfirullahal 'Azim..

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.." (Adz-zariyat:56)

Wallahuta'ala A'lam.

ishaQ
25/05/2010
Segamat
 


Merungkai Tirai Hikmah

Category: , , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Khamis 20 Mei 2010.

Assalamu'alaikum wbt..alhamdulillah, baru sebentar tadi pulang dari tanjung puteri.

Isnin lepas haji ishak, mantan ydp abim segamat ada memaklumkan..katanya ada seorang ustaz dari Surabaya, pak romli namanya, akan singgah di segamat..menjalin kembali ukhuwah yg sekian lama terbina antara mereka berdua. Pak romli merupakan seorang ustaz yang memiliki pasentran di surabaya. Baliau menjadi pengetua dan pernah melanjutkn pengajian dgn syeikh2 di 'iroq.. Misinya datang ke malaysia ini kerana dijemput menghadiri ijtima' ulama' di kuala lumpur baru2 ni. Beliau juga dijemput khas ke radio ikim untuk liputan agama secara langsung. Jadi, Haji ishak berbesar hati untuk menghantarkan pak romli ke tanjung puteri dan mengajak saya untuk temankan sekali..

Semalam, semasa berjalan di bandar, tetiba sahaja teringatkn Haji ishak dan Ust Romli.. secara tidak diduga, kami bertiga terserempak di tepi jalan.. Allah swt, panjang umur mereka..:) Agak muda juga orangnya pak romli.. sekitar 40-an.. Rambut yang lurus, tersusun rapi dan penampilan yang kemas berkopiah putih.. sedikit berisi, berkaca mata dan muka sawo matang cerah..tampak mesra dan mudah tersenyum..

Hari ini kami bertolak dari segamat ke tanjung puteri. :) Banyak perkara yang kami bualkan secara tidak langsung. Alhamdulillah, saya dapat manfaatkan peluang ini untuk mengajukan persoalan2 yang dirasakan penting.. Haji ishak mula mengantuk.. agaknya siapa yg akan memandu? :) Pak romli yang jadi driver..hehe

"Ishaq, ada seorang sahabat pernah bertanya kepada rasulullah saw mengenai kiamat..berapa lamakah lagi akan tibanya kiamat..nabi tanpa bersuara mengangkat sebelah tangan, sambil menggenggam jarinya kecuali jari telunjuk dan jari hantu..begitu dekatnya antara dua jari ini.." Jelas pak romli sambil buat peace..

"Ishaq, anta perlu sentiasa beringat.. Jangan jadi seperti lilin.. Menerangi sekeliling akan tetapi diri sendiri habis cair.. Jangan jadi seperti jarum.. Menjahit membuat pakaian akan tetapi diri sendiri tidak berpakaian" Ujar pak romli dengan susunan kata yang begitu lembut..

Dan banyak lagi...

Sesampai di pelabuhan feri, kami sempat minum bersama sebentar menanti 'boarding time'. Dalam kami rancak berbual (ngobrol-ngobrol), tidak kami sangka bahawa pak romli juga bisa merawat penyakit sihir. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan islam yg berjaya. Beliau mengamalkan ilmu rawatan RuQyah... Saya sangat2 tertarik dan berminat untuk mengamalkan ilmu perubatan RuQyah ini sejak dari tingkatan 2 lagi.. insha allah ada rezeki nanti..:) Pak romli lalu meminta nombor phone saya, andai kata beliau datang lagi ke malaysia pastinya beliau akan menghubungi saya ujarnya..insha allah..

Seusai pak romli berlepas, saya dan Haji ishak pun bergerak pulang ke segamat.. Sungguh terkesan dalam jiwa pemuda saya ini kerana berpeluang mengutip beberapa 'ibroh yang sangat2 bermakna.. (maaf kerana tidak dpt berkongsi lebih lanjut :) ..lebih2 lagi semasa membaca ma'thurot dan doa Robithoh berdua sepanjang perjalanan pulang ke segamat..mendayu2.. Saya (21thun) dan Haji ishak (51 thun).. Exco abim yg muda bersama mantan ydp abim.. berbincang.. bertukar2 pendapat.. teori.. rahsia kejayaan dlm bisnes.. dakwah.. aplikasi tarbiyah.. berkongsi ilmu dan pengetahuan.. dalam suasana yang harmoni.. selama 2 jam 30 minit dlm kereta spanjang perjalanan..:) I've got something valuable which is..

Insha allah, esok selepas solat jumaat saya akan ke mersing pula untuk induksi kpij. Bas cepat express, tiket pukul 2 petang.. solat jumaat selesai paling awal pun pukul 2 petang.. stesen bas dengan masjid memang jauh jaraknya.. erk..macam mana ye?..

ishaQ
20/05/2010
Segamat johor
 


Ilmu Sihir

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

(AlbaQoroh :102)
 


Suci jiwa (1) Laknat Allah buat si Penghalang Kebaikan

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Seinfiniti rasa kesyukuran kehadrat ilahi atas kesempatan iman yang diberi. Semoga berpanjangan sehinggalah tiba ke syurga nan indah yang hanya dijanjikan bagi orang-orang yang beriman dengan sebenar-benar iman. Selawat dan salam buat junjungan, baginda nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat serta sahabat yang mengikuti. Nabi saw yang menyampaikan pengertian iman dan taqwa dari sudut pemahaman dan penghayatan secara rabbani sehingga membawa kita meneroka jauh menuju keredhaan Allah swt. Subhanallah.

Dalam konteks individu muslim, perlulah disemaikan didalam hati tentang ma`rifatullah sehingga ia hidup mengakar menjadi subur selama mana kalimah Allah swt tidak luput dari jiwa nurani, hayat mampu dikandung badan, jantung masih berdegup, setiap sel-sel masih berfungsi. Bila kita mampu mengenali Allah swt, sifat-sifat Allah, kekuasaan allah maka sudah tentunya aqidah kita akan jadi lebih sejahtera. Tiadalah pengharapan terhadap sesuatu yang lain selain daripada Allah swt walau sedikit. Ketika itu kekalkanlah kesuburan hati dengan ketenangan iman yang dikurniakan. Laksanakan segala ibadah dengan baik. Mudah-mudahan imbalan yang terbaik dianugerahkan kepada kita.

Dalam konteks kehidupan bermasyarakat, tidak boleh tidak, sebagai seorang muslim yang memahami kepentingan islam itu dalam kehidupan menyeluruh, mengapa perlunya kita menyeru dan mengajak kepada kebaikan, mestilah sentiasa meyakini bahawa apa yang sedang kita usahakan, untuk membawa sesiapa sahaja kembali ke landasan yang menuju keredhaan Allah swt itu adalah benar. Tawaran Allah swt adalah benar. Tidak perlu gusar, tidak perlu bimbang terhadap anasir yang menghalang. Janji Allah swt adalah benar. Firman Allah swt adalah benar.

Sebagaimana yang digambarkan di dalam Al-Quran, surah Al A'raf surah yang ketujuh, dari ayat 44 sehingga 45 dimana para penghuni syurga yang telah mendapat petunjuk ke syurga, yang telah menyaksikan nikmat keberadaan di syurga seperti sungai-sungai yang mengalir, menyeru kepada sekalian penghuni neraka dengan berkata,

"Sesungguhnya, kami telah memperoleh apa yang Dijanjikan Tuhan kepada kami itu benar. Apakah kamu telah memperoleh apa yang Dijanjikan Tuhan kepadamu itu benar?"

Mereka menjawab,

"Benar"

Kemudian, malaikat mengumumkan diantara mereka,

"Laknat Allah bagi orang-orang yang zalim"

Orang-orang yang zalim ialah orang-orang yang menghalang-halangi orang lain dari jalan Allah swt dan juga ingin memesongkannya. Orang-orang yang zalim ini dimaksudkan Allah swt dlm ayat 45 sebagai orang-orang yang mengingkari kehidupan akhirat.

Ujian atau mehnah yang datang bersama sewaktu kita berusaha mengajak kepada kebaikan, menuju keredhaan Allah swt, sebenarnya merupakan suatu nikmat. Nikmat yang macam mana ye? Suatu nikmat yang sebenarnya menggilap lagi dan lagi keimanan kita kepada Allah 'azzawajalla sehingga menyinarnya cahaya ketaqwaan. Suatu hikmah yang jarang kita fikirkan, yang sebenarnya telah pun dipakejkan dalam tawaran atau jual beli yang kita buat dengan Allah swt.

Jadi beringatlah, kepada yang suka mendengki, rasa tidak senang tengok orang lain buat perkara baik, seandainya kita seringkali atau mencuba untuk menghalang orang yang menyeru kearah kebaikan, yang membawa kepada keredhaan Allah swt bahkan memesongkan sesiapa sahaja hamba Allah swt didunia ke arah kebinasaan dan kekufuran, maka bersedialah untuk menerima laknat dari Allah swt. Na'udzubillah


 


Teka Teki AlGhazali..=)

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…

Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pastinya akan merasakan mati

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali-Imran : 185)

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Walau bagaimanapun kita, walau apapun kenderaan kita, kita tetap tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan syari`at islam.

Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. Hawa nafsu yang besar mampu mendominasi diri baik dari keinginan, sikap mahupun kelakuan sehingga tidak mampu dikawal.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. (Surah Al A’raf : 179).

Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah Al-Ahzab : 72).

[*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga ada manusia yang masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah ini.

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita melengah dan meninggalkan solat.

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

 


Thabatkan Jiwaku

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Ada yg bertanya kenapa aku harus disini..
Kenapa aku perlu berada di tabaqot ini..
tanngungjawab dan amanah..
Bukan benda yg suka-suka..
Aku dah booking penginapan 6 bintang di dalam naar..
pada usia 19 tahun.
Bil melambung-lambung, aku kne kerja keras..
Kumpul sebanyak yang mungkin utk jelaskan bayaran..
yg setimpal dengan apa yg aku terima..

kenapa aku harus disini..
bukan,..
Apa yg perlu aku usahakan lagi utk ini, ini dan ini.
berikan aku hidayah dan kekuatan..
thabatkan jiwaku di sepanjang jalan ini..

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik"

yusuf:108

Andai kau faham..
ini aku.
Dimana kau?
Syurga nan indah..?
 


HaDiah YaNg TerBaik~

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Apakah hadiah yang boleh diberi kepada mereka?
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat, kepercayaan, ketaatan

Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
 


Ramadhan Kareem | Bekal para du`at

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
(al-Baqarah : 183)

Huraian

Ibadah solat, puasa, zakat dan haji merupakan sumber penting dan serba baru bagi bekal perjalanan dakwah. Puasa memberi pakaian taqwa kepada pelakunya. Ia adalah benteng dan perisai dari berbagai kejahatan dan fitnah bagi pelakunya. Ia teristimewa dari ibadah-ibadah lainnya dengan pengakuan langsung dari Allah swt

Dari Abu Hurairah ra. is berkata, " Rasulullah saw. bersabda bahawa Allah swt. berfirman, " Setiap amal manusia adalah untuknya, kecuali puasa, ia itu untuk-Ku dan Aku-lah yang akan memberi balasan dengannya. Dan puasa itu perisai. Kerananya, bila salah seorang dari kamu berpuasa, hendaklah ia jangan rafats (mengatakan kata-kata yang menimbulkan berahi atau jorok) dan jangan berteriak-teriak. Bila seseorang mencaci atau memeranginya, maka hendaklah ia mengatakan, "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada dalam genggaman-Nya, sungguh bau tidak sedap mulutnya orang yang sedang berpuasa itu lebih harum disisi Allah swt daripada harumnya misik."

"Untuk orang yang berpuasa dua kegembiraan, yaitu ketika berbuka dan gembira dengan puasanya ketika bertemu dengan Tuhannya."
(Muttafaq `alaih)

Kewajipan berpuasa dikaitkan dengan bulan yang penuh barokah, bulan seluruh umat islam, ya`ni bulan Ramadhan. Bila disebut sahaja bulan Ramadhan, maka seolah-olah disebutkan sebuah kebun yang rimbun dan menghijau yang ditemukan oleh seorang muslim yang sedang berjalan di padang sahara kehidupan yang panas membara.

Bila puasa secara keseluruhan merupakan kebaikan dan bekal, maka keberadaannya didalam bulan Ramadhan dapat melipat gandakan bekal dan menjadikan puasa lebih cemerlang!
 


Sya`ban: Bulan PERSEDIAAN KITA!!

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”
(al-Bukhari)
Huraian

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

 


Revive ur heart~

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

~Doa~

~Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah
mengingati dan menyebut (nama)mu,

hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu,
serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu,
~
Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna,
hati yang khusyuk,
ilmu yang berguna
,
keyakinan yang benar-benar mantap~
~

 


Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Almau`izotul Hasanah~
(nasihat pengajaran yang baik)

Kawan2, let us roll back roda masa, menyingkap suatu peristiwa pada zaman rasulullah bersama sahabat2 baginda~ kita renungi kisah yang berlaku kepada saidina Ali bin abi tolib.

Ali bin abi tolib merupakan suami tersayang kepada isterinya, Fatimah az-zahroh, iaitu anak kesayangan dan buah hati Rasulullah saw. Suatu pagi Ali bangun dari tidur bersama isterinya, Fatimah, kemudian mereka mencari sesuatu untuk dimakan.

Namun, xjumpa pun sesuatu untuk dimakan even sebijik beras. Then, Ali pun memakai jubah berlapis bulu binatang kerana kota madinah waktu itu sangat sejuk! Lalu keluar mencari makanan ke sekeliling kota madinah. Tiba-tiba, dia teringat kepada seorang Yahudi yang mempunyai kebun dan segera menuju kepadanya. Melihat kedatangan Ali, orang Yahudi itu pun menyapa:"Wahai orang badwi, kemarilah, (bantu kami) mengambil air. Aku akan mengupahmu untuk setiap timba dengan satu biji kurma."

Ali pun membantunya sehingga kedua-dua tangannya bengkak dan badannya letih. Kemudian Ali pulang membawa kurma tersebut. Di dalam perjalanan pulang, ia bertemu Rasulullah saw, dan ia pun memberi sebahagian kurma itu kepada Rasulullah saw Sisanya ia makan bersama Fatimah untuk hari itu.

**************************************************************************

Kawan2, seperti itula kehidupan mereka, tetapi mereka merasakan bahawa rumah meraka penuh dengan kebahagiaan, ketenangan, cahaya dan keriangan=) Banyak pengajaran yang dapat kita ambil sama ada tersurat, mahupun tersirat. Fikir2kanlah~

Wallahu ta`ala a`lam~
 


Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Dari Abu Hurairoh r.a, rasulullah saw bersabda, sesungguhnya perbandinganku dan nabi-nabi sebelumku, seperti orang yang membangunkan sebuah gedung (rumah). Dibuatnya dengan amat baik dan sangat bagus, tetapi terdapat satu tempat batu bata yang terluang di sudutnya. Ramai orang yang mengelilingi rumah itu dan hairan, sambil berkata"Mengapa tidak dipasang batu bata ini?". Baginda bersabda"Sayalah batu-bata itu dan sayalah penutup nabi-nabi"


~Sahih Bukhari, jilid 3:1543~

 


Jaulah ke Klate~

Category: , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Allahumma `afini fi badani
Allahumma `afini fi sam`i
Allahumma `afini fi basori

Jaulah ke klate~

"katakanlah (Wahai Muhammad): 'Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi....!'"
(Yunus:101)

Alhamdulillah, tuhan yang menciptakan sekelian yang ada di bumi dan segala isi langit. Selawat serta salam ke atas baginda nabi muhammad saw yang membawa risalah suci~

Exam yang boring best~

Huhu, baru je dapat landing kat katil. Penat seh. Banyak sangat berjalan. jauh lak tu. Maklumlah, cuti panjaaaang sangat!~hehe. Baru je abes tamhidi session. Final exam tyme yang dua minggu terakhir hari tu, betul2 buat kepala we ol berasap!=( Well, nasib baik berjaya harung badai exam tu n dapatlah mencungap sampai hari ni. Masuk exam hall, telan je sume paper tu sampai kembang perut. Terharu sangat, thanx cekguw! (T_T)

Journey to klate~

Pas exam, ana follow daurah kat INTI. Den, g jaulah ke kelantan, ziarah ikhwah kat sana. Ghamainye~hi2. Pusing2, g air terjun, g madrasah arrohmah, g Pantai Cinta Berahi Cahaya Bulan, g sungai golok dan maaacam-macam agi (^_^)~ahaha. Yang bestnya,we ol g kat mne2 je mesti amik gambar~hehe. Gunung-ganang, flora yang menghijau, laut biru yang meluas, air terjun yang turun mencurah-curah menuruti sunnah. Cantik sungguh ciptaan Allah kn..Alhamdulillah~

Feeding~

Memang menyeronokkan jaulah we ol. Jiwa we ol xkosong. Sepanjang journey, we ol akan singgah sebentar untuk slot tazkirah dan menyingkap perjalanan siroh nabi dari mula Ghozwah (perang yang disertai nabi) badar, secara berturut, sehinggalah ghozwah yang terakhir baginda..(-_-) Hikmahnya sangat menyentuh hati~really.


[Ukhuwah Fillah Abadan Abada]
~Pantai Cahaya Bulan~
klate