Bid’ah itu adalah kesesatan yang nyata

Category: , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan itu adalah Kitabullah dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad saw dan sejelek-jelek perkara adalah yang direka-reka dalam urusan agama. Tentang rekaan-rekaan dalam urusan agama itu Rasulullah saw telah bersabda:

عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ قَالَ وَعَظَنَا رَسُولُ الله ص مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرِفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقُلْنَا يَا رسولَ الله كَاَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَاَوْصِنَا قَالَ اُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَاِنْ تَاَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاثِ الاُمُورِ فَاِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

Bermaksud:

~Daripada Irbadh bin Sarriyah ia berkata: Rasulullah saw memberi nasihat kepada kami yang membuat hati kami bergetar dan berlinangan air mata (kerana terharu). Kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat perpisahan maka berilah kami wasiat. Maka beliau bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu sekalian untuk tetap bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mendengar dan taat walau yang memimpin kamu adalah seorang hamba. Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup di kalangan kamu (berumur panjang) nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, oleh kerana itu kalian wajib berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana sesungguhnya setiap yang baru/bid’ah itu sesat~Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah

 

0 comments so far.

Something to say?