Showing posts with label stimulus. Show all posts
Showing posts with label stimulus. Show all posts

Ekspresi Verbal Penderita Strok Dari Sudut Analisis Neurolinguistik

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Salah satu daripada gangguan ekspresi verbal yang kerap ditemui kesnya dalam kehidupan harian ialah penderita strok. Strok merupakan masalah kesihatan yang disebabkan oleh saluran darah di otak yang tersumbat atau pecah, sehingga berlaku pendarahan dan fungsi otak terjejas. Apabila fungsi bahasa yang terjejas, maka berlakulah gangguan berbahasa. Pelbagai gangguan berbahasa atau yang dikenali dengan afasia, dapat dikaji dan dianalisis secara neurolinguistik, ertinya menerusi pemerhatian terhadap kesan yang wujud akibat kerosakan pada sistem saraf melalui iv kecelaruan bahasa pada penderita. Kecelaruan berbahasa penderita strok pada penyelidikan ini, dikaji dengan menggunakan teori gangguan pertuturan, iaitu teori kesilapan fonologi dan proses penghasil kata oleh Kohn (1993), Blumstein (1994), dan Auden & Bastiaanse (1999). Manakala kaedah kajian adalah secara psiko-neurolinguistik dengan kaedah pemerhatian, kes, dan pemerhatian semulajadi, terhadap penderita strok penutur bahasa Minangkabau dan penutur bahasa Melayu. Data diperoleh daripada penderita strok yang menjalani rawatan di Rumah Sakit Khas Strok, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia, dan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Selangor, Malaysia. Berdasarkan analisis data dan dapatan kajian, baik secara kualitatif mahupun kuantitatif, diperoleh hasil bahawa strok yang menyerang penderita berasal daripada sindrom afasia, iaitu pendarahan pada medan yang sangat luas, mulai daripada lobus frontal sampai ke temporal-parietal hemisfera kiri otak penderita. Kemampuan verbal penderita strok penutur bahasa Minangkabau d m pePtutttr 4Awm Ivfdqm banyak ditentukan OMSfa ktor linguist& dan bukan linguistiknya. Faktor linguistiknya ialah modaliti bahasa dan terapi pertuturan, manakala faktor bukan linguistiknya ialah motivasi, pendedahan diri, dan aspek sosial penderita. Pelbagai faktor penyebab berlakunya strok pada penderita, ialah faktor gangguan jantung, hipertensi atau penyakit darah tinggi, kolesterol, merokok, kurang aktiviti fizikal, berat badan yang melampau, gaya hidup dan pemakanan yang tidak seimbang, dan faktor tekanan. Ekspresi verbal penderita strok penutur bahasa Minangkabau dan penderita strok penutur bahasa Melayu, wujud melalui beberapa bentuk kesilapan verbal, iaitu kesilapan verbal penggantian sebanyak 32 peratus, verbal pengguguran 48 peratus, verbal tidak berurutan 10 peratus, verbal penambahan 4 peratus, dan verbal pemendekan 5.5 peratus. Banyaknya jumlah kesilapan verbal pengguguran menandakan bahawa penderita menghidap sindrom afasia Broca sehingga penderita sukar dalam mengawal impuls neuron secara motorik. Oleh itu, penderita cenderung bertutur dengan cara menggugurkan, baik fonem mahupun suku kata.

Kredit: http://psasir.upm.edu.my/5875/
Item Type:Thesis (PhD)
Thesis Supervisor:Pengerusi: Profesor Madya Noor Aina Dani, PhD
Keyword:FBMK 2005 16
Subjects:Not Available
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:5875
Deposited By:Nur Izzati Mohd Zaki
Deposited On:05 May 2010 15:58
Last Modified:18 May 2010 15:00
 


Bush and Powell

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender "Bukankah itu Bush dan Powell?".

Bartender menjawab "Iya, itu memang mereka."

Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa
"Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"

Bush menjawab
"Kami sedang merancang perang dunia ke-3."

Jawab lelaki
"Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?"

Bush menjawab
"Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal"

Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut
"Penjual Basikal?"

Bush menoleh ke arah Powell dan berkata
"Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan?"
 


Cerita katil

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila!

Doktor: Jgn bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai.Datang jumpa saya tiga kali seminggu.

Malek: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?

Doktor: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.

Enam bulan kemudian, doktor bertemu Malek sedang membeli-belah.

Doktor: Kenapa tak datang jumpa saya?

Malek: Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya.

Doktor: Ya..bagaimana?

Malek: Dia suruh saya potong kaki katil....
 


Yahudi | Zionis | Israel

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
1. Yahudi berasal dari perkataan ‘ibri’, ‘abra’, ‘ibrani’ yang bermaksud potong jalan/berpindah. Yahudi berasal dari keturunan Sam (semitik) bin Nuh. Semitik merujuk kepada bangsa Yahudi,Arab,Chaldaen dan Assyrian.

2. Bermula dengan Nabi Ibrahim yang merupakan bapa kepada para nabi. Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar dan mendapat Nabi Ismail yang kemudiannya menjadi moyang bangsa Arab. Selain itu,hasil dari perkahwinan dengan Siti Sarah lahir Nabi Ishak. Dari keturunan Nabi Ishak munculnya Nabi Isa dan Nabi Yaakub.


3. Nabi Yaakub inilah yang disebut sebagai Israel, Yaakub mempunyai 12 anak dan munculnya 12 keturunan Bani Israel pada zaman Nabi Musa. Dan bermula pada zaman Nabi Musa ini sebahagian dari mereka mengambil ajaran baginda dan menggunakan nama Yahudi bermakna semua Yahudi adalah Bani Israel dan bukan semua Bani Israel adalah Yahudi. KeturunanYahudi ini diturunkan melalui darah bermakna tiada orang yang boleh menganuti agama Yahudi melainkan turun melalui darah.

4. Tidak semua Bani Israel berfahaman Yahudi ada Bani Israel beragama Islam dan Kristian. Munculnya Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya. Oleh itu,ada sekelompok Bani Israel ini ingin menubuhkan suatu negara besar Israel raya.

5. Keturunan Yahudi sekarang terbahagi kepada 3 kelompok iaitu bangsa Sephardim di Sepanyol,Oriental Jews di Arab dan Ethiopia,dan Ashkenazim di Eropah. Kemunculan 3 kelompok ini hasil dari perpindahan pada abad 17SM. Karl Marx, Hitler dan Albert Pike adalah keturunan Ashkenazim. Karl Max terkenal dengan fahaman Komunis yang berpendapat agama adalah candu kepada masyarakat dan perlu disebarkan kepada Goyyim(manusia selain Yahudi).

6. Keturunan Yahudi yang tulen adalah dari jurai keturunan ibu. Ashkenazim dikatakan bukan keturunan sebelah ibu atau keturunan 12 Bani Israel tetapi digelar keturunan ke-13 ataupun anak haram kerana bukan datangnya dari keturunan jurai ibu. Manakala di Eropah juga bukan dari keturunan jurai ibu tapi bapa.

7. Tetapi bukan semua Yahudi itu adalah Zionis di mana ada juga penganut Yahudi yang menbangkang kekejaman Rejim Zionis. Ini kerana,Rejim Zionis bersifat sekular,tidak berpegang pada asal dan bertentangan dengan melakukan kezaliman.

8. Di Amerika,telah wujud gerakan baru iaitu
New Conservative. Bekas Presiden Amerika Syarikat George Bush Jr. merupakan pengikut untuk gerakan ini dan sangat agresif terhadap Palestin.

9. Berikut merupakan nama Yahudi di seluruh dunia:
• Berg” ( Goldberg)
• Man” (Goldman,Ligthman)
• Stein” (Einstein)
• Ler” (Adler)
• Ner” (Asner)
• Ilin” (Gitlin)
• Witz” (Horowitz)
• Baum” (Teitelbaum)

• Off” (Chartoff)
• Nik” (Resnik)
• Thal” (Rosenthal)
• Ling” (Spelling)
• Sky” (Linsky)
• Farb”(Himmelfarb)
• Feld”(Seinfeld)

Sebagai contoh Arnold Swarzenegger,seorang pelakon Hollywood terkenal merangkap Gabenor California sebenarnya adalah Yahudi kelahiran Austria. Bapanya pula ialah Parti Nazi Austria yang pernah menjawat jawatan penting dalam pasukan keselamtan Austria.

10. Dalam Kitab Injil Bahagian 01 telah dinyatakan ’tanah yang dijanjikan’ antara Sungai Nil,Mesir hingga ke Sungai Eupharates, Mesopotamia di Iraq untuk keturunan Ibrahim atau Abraham.

11. Manakala Zionis merupakan gerakan yang dipelopori Moses Hess yang menubuhkan sebuah negara haram,Israel. Yahudi mula berpindah pada t
ahun 1897. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin pada abad ke-19 di mana ketika itu dikuasai oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah.

12. Pada 1903 – 25,000 Yahudi tiba dari Eropah Timur.Antara 1904-1914 sudah ada 40,000 orang Yahudi.

13. Israel diisytiharkan pd 14 Mei 1948. Negara Arab serang Israel. Gerila lebih berperanan dari pemimpin Arab. Mesir dapat Semenanjung Gaza manakala Jordan dapat Timur Jerusalem (Tebing Barat). Sejak itu,perang terus berlaku dan sehingga kini telah mencecah 60 tahun.

14. Sejak itu rakyat Palestin tersepit dalam siri peperangan :
• Perang 1948- ½ juta dihalau dari Palestin.

• Perang 1967- ½ juta keluar.
• Perang 1973- Arab kalah
• 1.5 juta hidup di 8 khemah pelarian -60 tahun

15. Yahudi yang bermazhab ekstrem Haredim inilah yang telah menyerang Palestin terkini iaitu antara 27hb Dis 2008 – 20hb Jan 2009. Antara hukum-hakam penganut Yahudi ini ialah suara wanita adalah aurat,wanita tidak boleh memandu seorang diri,wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan melakukan majlis perpisahan antara lelaki dan perempuan. Manakala dari segi pemakaian Zionis adalah berserbakan hitam contohnya kopiah kecil hitam ataupun yang besar dan golongan perempuan pula menutup aurat melepasi paras lutut.

16. Simbol pada bendera Zionis:










17. Zionis menjadi sekutu kepada Amerika Syarikat. Terdapatnya Zionis Lobi yang tidak terlibat secara langsung dalam politik yang merupakan golongan kaya muncul pada awal abad ke-20.

18. Zionis juga telah menguasai bank. Jenama kereta Ford-ford Found telah memberi bantuan kewangan kepada media elektronik seperti CNN,ABC (Australian),Sky Tv., Hollywood. Malahan media surat khabar juga merupakan salah satu medium Zionis untuk menyebarkan pengaruhnya.

19. Zionis juga yang menyebarkan idea Islam Liberal iaitu idea kuzman, moderat,
fundamental,konservatif dan liberal. Agenda Islam Liberal sangat berjaya di Indonesia. Agenda Islam Liberal telah menguasai pendidikan Islam di Indonesia atas nama kebebasan pluralisme.

MERUNGKAI RAHSIA ZIONIS

1. Zionis adalah gerakan yang dipelopori oleh Moses Hess pada abad ke-19 dan diperkuatkan lagi oleh Theoder Herzl’s. Zionis merupakan gerakan politik orang Yahudi yang menyokong penubuhan semula ‘tanah yang dijanjikan’ untuk bangsa Yahudi di Palestin. Theoder Herzl’s seorang Yahudi berbangsa Hungary telah mengumpulkan orang Israel dari seluruh pelusuk dunia membawa idea penubuhan Israel raya.

2. Pada 1895,orang-orang Yahudi mengadakan kongres yang pertama di Kota Bale Switzerland,dihadiri oleh anggotanya sekitar 300 orang yang mewakili 50 organisasi Zionis yang bertebaran di seluruh dunia. Pertemuan itu terus berlangsung dari semasa ke semasa. Tujuannya adalah untuk menganalisa strategi mereka yang akan dilancarkan demi mencapai maksud. Dengan itu tertubuhnya Zionis International.

3. Zionis Israel adalah negara yang paling banyak melanggar Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu iaitu lebih daripada 80 Resolusi sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945.

4. Mereka telah menerima hmpir 1/3 daripada Bajet Tahunan Bantuan Luar Amerika Syarikat yakni dari segi bantuan kewangan,senjata nuklear dan lain-lain.

5. Mereka telah menubuhkan negara haram Israel sejak pencerobohan pada tahun 1948 bermakna telah 60 tahun menjajah bumi suci para anbiya’ dengan memasukkan bangsa Yahudi melalui beberapa perjanjian yang dicapai seperti Perjanjian Oslo 1 (1992),Perjanjian Oslo 2 (1995) dan banyak lagi dengan itu setiap kali perjanjian diadakan kemasukan Yahudi turut bertambah

6. Rejim Zionis Israel mempunyai simpanan senjata nuclear dan tidak membenarkan sebarang pemeriksaan antarabangsa terhadap fasiliti nuklearnya. Mereka juga tidak menandatangani Nuclear Non-Prolification Treaty,satu perjanjian di mana sebuah negar itu tidak akan membina senjata nuclear.

7. Mereka tidak membenarkan rakyat Palestin berpindah Palestin berpindah dari satu kota ke satu kota yang lain kecuali dengan selepas mendapat ‘visa’ dari rejim Zionis Israel.

8. Semasa pemerintahan Ariel Sharon telah melakukan pembunuhan beramai-ramai secara kejam ke atas lebih daripada 2,750 bangsa Palestin di khemah-khemah pelarian Sabra dan Shatila pada tahun 1982. PBB telah mengklasifikasikan sebagai GENOCIDE iatu PEMBUNUHAN SELURUH KAUM/BANGSA.

9. Terkini,antara 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 sekali lagi telah melancarkan jenayah perang ke atas Gaza justeru,selepas sahaja diumumkan genjatan senjata oleh HAMAS pada 18 Disember 2008 yang menggunakan senjata tercanggih dunia termasuk penggunaan bom fosforus yang menyebabkan lebih 1,300 nyawa terkorban dan lebih 5,000 tercedera.
 


Suci jiwa (2) Siapa kita?

Category: , , , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Selasa 25 Mei 2010

Assalamu'alaikum wbt...Pagi yang sangat tenang dan menenangkan. Dihiasi dengan zikir ma'thurat tentunya membungakan hati, membuka tirai kerinduan kepada ilahi dan sahabat seperjuangan. Mengenangkan posisi kita sebagai hamba tegar, milik tuhan yang maha esa secara mutlak, membuatkan jiwa ini sentiasa terlindung, lebih teratur, tidak keterciciran di mana2 jua simpang sepanjang perjalanan da'wah.

Dimensi Hidup dan Jalan | Prolog

Begitu indahnya dunia ini apabila kita disajikan kesenangan hidup, kekayaan aset, kemewahan yang tiada titik akhir, kuasa untuk menggerakkan sesuatu, jawatan dan pangkat yang menjadi kebanggaan, perempuan, kerinduan oleh kekasih gelap, kasta dan pengkelasan taraf hidup yang membezakan antara tikus dengan politikus, antara bubur nasi dengan makaroni, serta hiburan yang istimror. Kesemua perhiasan hidup ini (rujuk Al-imron:14) adalah sajian persoalan, percaturan dunia untuk hambaNya sepanjang penerokaan redha allah swt. Jalan yang allah swt berikan kepada kita ini bukanlah jalan yang biasa. Ada persimpangannya, ada perhentian semantara yang indah permai, ada rintangannya, ada onak durinya, ada sahabat yang bersama-sama dengan kita, ada bekalnya, ada pencahayaannya, ada papan tandanya, ada pandu arahnya namun adakah kita sedar akan semua ini?

Manusia dan Penglihatan

Allah swt maha adil dan bijaksana dalam merangka dan membuat perhitungan untuk hamba-hambaNya. Diciptakan dunia ini untuk hambaNya menjadi khalifah, menjaga dengan baik sebagai suatu bentuk amanah, tidak dirosak-rosakkan dan pastinya hamba Allah swt Tuhan Sekalian Alam yang terpilih ini ialah manusia. Istimewanya manusia berbanding hambaNya yang lain seperti haiwan, batu, pokok, gunung, dan segalanya adalah kerana manusia dikurniakan 'aqal. 'aqal membolehkan manusia berfikir, merencana dan membuat keputusan sewajarnya mengikut keperluan dalam kehidupan ummat seluruhnya. Manusia juga bukan sekadar mampu melihat bahkan menafsir apa sahaja yang dilihat, memahami dan menghayati sedalam-dalamnya sesuatu perkara itu dengan jelas. Kemampuan ini membantu manusia untuk memahami dan melaksanakan amanah dari Allah swt Tuhan Sekalian Alam ini dengan baik. Maka, hebat sungguh manusia berbanding hamba-hambaNya yang lain. Peringatan daripada Allah swt;

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-a'Rof:179)

Tasyrifan atau Taklifan?

Tasyrifan itu adalah suatu bentuk penghormatan, memuliakan seseorang, tanda penghargaan tanpa diikat kepada sesuatu tanggungjawab. Taklifan itu pula merupakan suatu tanggungjawab, melaksanakan amanah yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Manusia itu adalah hamba yang terpilih, diangkat oleh Allah swt Tuhan Sekalian Alam antara hamba-hambaNya yang lain untuk menjadi khalifah, sebagai raja yang mengurus dan mentadbir isi dunia. Adakah ini suatu tasyrifan atau taklifan? Sudah tentulah taklifan, kerana manusialah yang memiliki 'aqal untuk membezakan secara lahiriah antara hambaNya yang lain, diberi tanggungjawab untuk mentadbir, mengurus secara baik segala isi alam ini. Bukanlah berseronok, bersuka ria mengisi ruang kekosongan usia, menghabiskan sumber tenaga didunia lalu mengabaikan kebajikan hamba-hamba Allah swt yang lain. Sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam AlQuran;

  • Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [AlbaQoroh:29]
  • Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".[AlbaQoroh:30]
  • Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". [AlbaQoroh:31]
  • Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". [AlbaQoroh:32]
  • Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".[AlbaQoroh:33]
Maha suci Allah swt, manusia itu diciptakan sangat istimewa, berbeza kemampuan berbanding hamba-hamba Allah swt yang lain. Begitu besarnya amanah dan kepercayaan yang allah swt berikan, letakkan kepada manusia untuk menggerakkan agenda pentadbiran dan pengurusan didunia ini, khususnya di atas muka bumi untuk tunduk menyembah Allah swt. Persoalannya, adakah kita sedar akan perkara ini dalam kerancakan mengejar kuasa dan keseronokan dunia?

Agenda 'Ubudiah | Sujud Kepada Allah Swt

Allah swt maha hebat dan bijaksana. Manusia walaupun diberi taklifan sebagai khalifah, yang membezakan dari hamba-hambaNya yang lain secara zahir, tetap tidak akan lari dari konsep pengabdian diri kepada Allah swt. Manusia itu khalifah, tetap hamba kepada Allah swt. Tunduk, sujud kepada Allah swt, memohon keampunan dan keberkatan hidup daripada Allah swt. Keseimbangan ini mengisi kekosongan jiwa manusia, supaya sentiasa bergantung kepada Allah swt, menjalankan amanah kerana cintanya kepada Allah swt. Membawa seluruh makhluk Allah swt, baik yang sekecil2 cipataan sehinggalah sebesar2 alam untuk sama2 tunduk kepada Allah swt. Merealisasikan konsep 'ubudiah, iaitu penghambaan diri kepada Allah 'azzawajalla.

Dimensi Hidup dan Jalan | Epilog

Cantiknya perjalanan hidup ini, walaupun dihiasi pelbagai bentuk dugaan dan cabaran yang getir, Allah swt tetap memberi petunjuk, cahaya yang membebaskan diri manusia ini dari cengkaman yang bathil. Dikurniakan nabi dan Rosul sebagai pendorong, memberi semangat, yang mengingatkan kita supaya kembali mengesakan Allah swt dan mempermudah perjalanan dengan contoh yang terbaik dalam mencapai keredhaan Allah swt. Diturunkan pula AlQuran sebagai pedoman, yang memeta dan memandu arah kita sehingga sampai kepada Allah swt. Diberikan bekal, ataupun ruang hidup untuk kita meningkatkan dan meningkatkan lagi ibadah kita untuk dibawa ke akhirat kelak, ditemukan kita dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang terus menerus mengingatkan kita sewaktu terlupa, sama2 berjalan menempuh perjalanan menuju Allah swt. Adakah kita menghargai kesemua nikmat ini?

Dunia ini adalah suatu perhentian yang sementara. Walaupun indah dan permai, namun ia tidak berkekalan dan pasti akan hancur lebur. Maka janganlah leka dan berangkatlah meneruskan perjalanan, jangan tersalah memilih simpang, hayati dan fahami panduan hidup di dalam AlQuran. Berhati-hati meredah onak duri kehidupan serta bertawakal sepenuhnya kepada Allah swt. Hidup ini bukanlah jalan yang biasa. Astaghfirullahal 'Azim..

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.." (Adz-zariyat:56)

Wallahuta'ala A'lam.

ishaQ
25/05/2010
Segamat
 


cinta berteras khianat

Category: , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Ada seorang hamba allah.
Setelah sekian lama berkelana tidak pulang ke pangkuan keluarga tanpa sebarang khabar, tanpa sebarang berita, akhirnya pulang membawa seorang isteri. Muda dan bergaya sehingga mendedah aurat. Pihak keluarga walaupun terkilan atas sikap hamba allah ini, namun tetap tersenyum mesra mengerat kembali hubungan. Si isteri ini seorang yang tidak mesra sikapnya.. Alhamdulillah, walimatul 'urus tetap dilaksanakan. Keluarga si hamba allah ini tertanya2 mengapa si isteri tersebut menangis tidak mahu mengadakan walimatul 'urus....dan sehingga hari tersebut, pasangan suami isteri ini kembali menghilang tanpa khabar.. Rasa terkilan mengisi ruang hati pihak keluarga..

Selang beberapa bulan, akhirnya tiba juga berita. Namun apa yang mengejutkan apabila hamba allah ini ditangkap polis dan dipenjara. Hamba allah ini didakwa atas tuduhan memiliki dadah di rumahnya dan beliau menafikan dakwaan ini dan beliau sendiri terkejut dengan penemuan dadah tersebut dirumahnya. Beliau disabitkan kesalahan lalu menjalani hukuman penjara dan sebatan. hamba allah yg menyatakan dirinya dianiaya ini mengharapkan si isteri untuk membantunya dengan menjelaskan jaminan.


Bagaimanakah pula dengan isterinya?

Si isteri menghilang tanpa dikesan. Anak angkat yang diambil hamba allah ini dipulangkan kembali ke rumah anak yatim. Si isteri keras mendakwa bahawa dadah yang dijumpai dirumahnya itu milik hamba allah ini. Milik hamba allah ini dakwanya..milik hamba allah ini! Si isteri membisu tanpa membantu hamba allah ini walaupun untuk menjelaskan wang jaminan membebaskan suaminya. Tiada khabar berita, segala harta, rumah, aset dan kereta hamba allah ini hilang bersama si isteri. semuanyanya lesap tanpa meninggalkan satu sen pun untuk hamba allah ini. Sehelai sepinggang hamba allah ini. Kemanakah isterinya menghilang selepas kejadian ini?

Wallahu ta'ala a'lam. Perkahwinan yang baik adalah perkahwinan yang direstui kedua2 keluarga.


http://farm4.static.flickr.com/3134/3082380245_a17b6014b2.jpg

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (An-nisa’:1)

 


Stimulus | Sebuah memorandum

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Kenyataan Media

Respons NGO-NGO Islam Terhadap Sidang Akhbar Dr. Asri Berhubung Memorandum Bantahan Perlantikan Beliau Sebagai Yang Di Pertua YADIM.

Ahad, 1 November 2009

Kami, mewakili NGO-NGO Islam yang telah dikaitkan oleh Dr. Asri dalam sidang akhbar yang diadakan olehnya semalam (31 Oktober 2009) ingin membuat penjelasan-penjelasan berikut :-

  • Kami merakamkan rasa KEKESALAN kami di atas tindakan Dr. Asri memperbesar-besarkan dan mencari publisiti terhadap suatu perkara yang merupakan hak serta budibicara mutlak YDPA dan Kerajaan, yang mana menurut undang-undang, perlantikan YDP YADIM adalah kuasa YDPA dan Kerajaan.
  • Kami TEGASKAN bahawa adalah suatu sikap yang MENGECEWAKAN untuk beliau memperbesar-besarkan isu ini dan mengheret masyarakat umum ke dalam persoalan ini, sedangkan ia adalah isu dalaman pentadbiran agama negara kita, yang sepatutnya diselesaikan secara perbincangan tertutup dan berhikmah Oleh itu, kami tidak berniat dan tidak berhasrat untuk membincangkan isu ini secara terbuka.
  • Kami turut merasa musykil dengan beberapa dakwaan beliau dalam sidang akhbar beliau termasuk dakwaannya yang ‘menolak’ tawaran perlantikan sebagai Yang Di Pertua YADIM sedang belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak yang berkuasa dalam hal tersebut.
  • Kami mengakui memang kami telah mengambil langkah tegas untuk menyampaikan bantahan kami terhadap ura-ura perlantikan beliau sebagai YDP YADIM atas sebab-sebab maslahah ummah (kepentingan seluruh umat Islam) di Malaysia.
  • Dalam pengetahuan kami, di kalangan pihak berkuasa agama, tokoh-tokoh agama, pertubuhan-pertubuhan arus perdana sudah sekian lama tidak bersetuju dan tidak berpuashati dengan pendekatan Dr. Asri yang banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh Pihak Berkuasa Agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan-amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan lain-lain.
  • Merujuk kepada permintaan Dr. Asri agar kami mengemukan bukti tentang kenyataan kami, kami BERSEDIA pada bila-bila masa untuk bersemuka dan berbincang dengan beliau SECARA PERIBADI, kerana kami berpendirian bahawa isu ini adalah isu dalaman dan tidak wajar dibahaskan atau disensasikan secara terbuka. Tindakan beliau ini sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang tidak berhemah, tidak berhikmah, sekaligus menggambarkan beliau tidak sesuai memegang jawatan sebagai YDP YADIM atau jawatan-jawatan yang seumpamanya.
  • Tindakan kami menghantar memorandum kepada YDPA Agong adalah atas niat baik supaya kesepaduan umat Islam di Malaysia atas pegangan ahli sunnah wal jamaah TIDAK dirobek dan dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana. Kami tidak mahu suasana kacau bilau dalam amalan beragama berlaku di Malaysia.

Kami NGO-NGO Islam telah pun mengemukakan pandangan kami kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan kami menyerahkan kepada Ke Bawah Duli untuk mempertimbangkan pandangan jujur dan ikhlas kami tersebut.

Ditandatangani oleh :

…………………………………….

MOHAMAD ISA BIN ABD RALIP
Presiden
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong Kenyataan Media/Respon ini :-

  1. Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM)
  2. Pertubuhan Muafakat Sejahtera (MUAFAKAT)
  3. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  4. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
  5. Yayasan Jenderami
  6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
  7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
  9. Persatuan Ulamak Malaysia
  10. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  11. Yayasan Paksi Kedah
  12. Persatuan Ulamak Kedah
  13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
  14. Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan
  15. Institut Pengajian Tradisional Islam
  16. Khalifah Institut
*****************************************************************
Well, keluarnya memorandum ni dalam suasana yang xdisangka ye. Cepat dan pantas, mengundang penilaian dan persepsi yang pelbagai..samting yang ikan dan keikanan. Adakah ia samting like superweapon yg lekas dibina tanpa sempat diuji, dalam fatrah berperang? Some say YES and some say NO. Apa pendapat sy? Apa pula pendapat anda..check the points there one by one..k. Jazakumullahu khairan kathira.

Assalamu`alaikum~

Pen-off
 


Stop support Israel! | Do we really care??

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
One day,..

+ = +


..they don`t realize that actually..



..this supports Jews to buy..




..to suck Palestinian`s blood..






After realize that, they start to..



..and..


..and..



...

..so, they have to stop supporting them!




..take the other meal, don't be so upset..


..we have to be so hearted. Think about their suffer in Palestine. The more you eat the meal, the more dead in Palestine.



..the day after day, they forget about the issue..


..they enjoy, and enjoy until they back to their normal lifestyle..
=



Who cares?..


...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


BUT WE CARE!!
Boycott Israel products!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 


Malaysia di serang??

Category: , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi


A`uzubillahis sami`ul `aliim,

Ighfir dzunubiy..

26/01/09

Bru je skjap td teringat kat naqib ana, abg amin 2nd year dentistry..
Mcm mne bliau? sihat?..huhu
rse cam nk je naik usim cpat2 (tgh cuti mid sem)
g usroh abg amin..
g dauroh karisma..

**

sblum cuti ad bwt usroh kat msjid Bandar Baru Nilai. (pas isya` smpai kul 12)
mcm biasa.. tadarus Aquran..
tafsir ngan tafsir zilalul Quran n etc..
Hadis (soheh Bukhori/ hadis matan Arba`ein)..
n many more!
yg paling best, bincang ttg isu mutakhir..
dlm bincang2 tue, bliau ad selitkn artikel utk we ol..
utk peringatan.. n utk we ol sntiasa beristighfar..

**



Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….

Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..

” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….”

Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???

untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini,

Perdana Menteri kita…
YB Wakil Rakyat…
Parlimen dan ADUN…
Tauke-tauke Cina yang kaya…

semua cabut lari.. ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.


Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.



Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…diajukan muncung senapang…

DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..

Anda menangis ketakutan….

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…
Anak kecil ditembak didepan mata…
Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!
kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh...

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…

Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…
BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )

“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…
Kita semua patut bersyukur kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” (Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” (Pemimpin Arab Saudi)..

Bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??


 


Mayat rakyat palestin jadi makanan anjing

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi


Jumaat ,16/01/2009 - “Ya Allah ! Tidak pernah saya menyaksikan kezaliman sebuas begini !”, teriak Kayed Abu Aukal. Doktor di bilik kecemasan tidak percaya melihat apa yang tinggal pada syuhada Shahd umur 4 tahun, hanyalah saki baki cebisan daging yang masih melekat pada tulangnya.

Beliau mati selepas dibom oleh kereta kebal di kem Jabaliya dimana beliau sedang bermain. Bila mana ibu bapa mereka hendak menyelamatkan beliau, tembakan peluru Israel menghalang mereka berbuat demikian.

Selama 5 hari, abang beliau Matar dan Mohamed berusaha untuk mendapatkan jenazah beliau tetapi dihalang dengan tembakan peluru Israel. Tidak tahan melihat perbuatan kejam dan buas itu yang berlaku didepan mata mereka, akhirnya mereka memberanikan diri dan lalu menemui syahid.

“Mayatnya dibiarkan oleh Israel laknatullah dengan sengaja untuk anjing-anjing merobek beliau yang tidak meninggalkan walau sebahagian daripada badan beliau”, teriak Abu Aukal dimana belliau tidak pernah melihat pembunuhan sekejam ini.

Mereka bukan sahaja membunuh malah tidak berperikemanusiaan dengan melakukan kebuasan terhadap jenazah kanak-kanak.
~ihsan palestinkini~
 


Redhakah kita?

Category: , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Yahudi a.k.a Zionis laknatullah memancing simpati dunia dengan menjaja cerita basi
Holocaust;

..bangkit dengan rakusnya meratah lazat setiap nyawa umat islam di Falesteen..

..Angka korban saudara2 kita di Falestin kian bertambah dari hari ke hari ..
..bagaikan air yg melimpah deras..
..Redhakah kita?..

..renung2knlah..

~~~
 


Cetuskan sensitiviti kita!

Category: , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi


Bismillahirrohma~nirrohiim..

Izzayyekum???.. Alhamdulillah, ana quwayyiss dil waQt.

Allahummaghfirlana dzunubana..


Agak sekian lama ana x update blog ana ni. Manusia, mmang bnyak alasannya.. Tertanggung bg diri ana sndiri untuk mnjalankan amanah yg yg diberi olehnya sebagai hamba, yg sntiasa prlu ber`ibadah.. sbgai seorang anak, walaupun jauh dari mak ayah.. sbgai pelajar, yg berjihad di medan ilmu.. sbgai sahabat, yg sntiasa inginkn yg terbaik bg sahabatnya.. sbgai da`ie, yg berusaha sedaya upaya demi pnerusan da`wah warisan nabi.. dn.. sebagai saudara, yg sntiasa bimbangkan keadaan saudaranya yg kini sedang bertarung ajal di bumi Palestin..

Alfatihah utk mereka yg syahid disisi Allah s.w.t..

12 januari 2009..

Mcm biasa, seawal kul 7.30 dh terpacak dpn gate Sutera Indah-tunggu bas usim yg lawa tu..
tggu punya tunggu, kul 7.45 pg bru datang 2 bijik bas. pergh.. lecture bi0 start kul 8.00 pg. xknla nk hidupkn bas pun tggu bila dh masuk waktu pjabat??..huhu. Masalah teknikal tul.
Berkerumun sume nk naik bas. fuw.. Puas bersilat, berkarate (berebut), last2, ana yg last naik. dpt seat 2ndary driver je.. ahaha.

masuk je kwsn kampus, bas terus g lalu kat canselori. ha?? canselori?? aisehmen, xknla lecture dh tukar venue kat pjbat VC. (Vice Chanselor). klau ye, oryte jgak. tp meja bliau ana nk cop dlu. ';...;' hehe.
rupa2nya, hari ni ad buat demonstrasi perarakan mengutuk kealiman israel! Wah.. majority student sume ad kat c2, baik barisan pentadbir mahupun staf2. Macam2 gaya simbolik, sepanduk dijulang tinggi. perarakan dimulakan oleh dato` VC sndiri, dgn laungn takbir, dan disahut beribu pelajar yang lain.


naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin



Bergerak seiring menuju ke stadium tertutup nilai



Barisan pelajar usim dari segenap generasi



Berarak smbil melaung mengecam kezaliman yahudi



" Boikot israel!"




"Rise rise islam, down down zionis!!"




"Khoibar2 ya yahuud!! jaisyu muhammad saufa ya`uud!!"




"Stop israel`s holocaust.. Boycott US & ISRAEL products!!"

"Freedom for Palestine!"


"Allahumma unsuril islaam wal muslimeen fi falesteen.."


"Ihzimhum wan~surna `alaihim.."


Sahabat2ku, sejauh mana prihatinnya kita terhadap saudara2 kita disana?..


adakah sekadar bermusim?!..


Nyawa mereka..diratah rakus oleh zionis laknatullah,


binatang yg berwajah manusia, berjiwakan syaitan..


ummat islam dianiaya,


masjid diranap musnah,


islam dihina yahudi..


dimana kita saat ini yg mengaku islam?..


"Berangkatlah kamu pd keadaan kamu berasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah dgn harta2 kamu dan diri kamu di jalan Allah. Demikianlah yg terbaik bagi kamu jika kamu mngetahuinya" Attaubah:41

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 


Bid’ah itu adalah kesesatan yang nyata

Category: , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan itu adalah Kitabullah dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad saw dan sejelek-jelek perkara adalah yang direka-reka dalam urusan agama. Tentang rekaan-rekaan dalam urusan agama itu Rasulullah saw telah bersabda:

عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ قَالَ وَعَظَنَا رَسُولُ الله ص مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرِفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقُلْنَا يَا رسولَ الله كَاَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَاَوْصِنَا قَالَ اُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَاِنْ تَاَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاثِ الاُمُورِ فَاِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ

Bermaksud:

~Daripada Irbadh bin Sarriyah ia berkata: Rasulullah saw memberi nasihat kepada kami yang membuat hati kami bergetar dan berlinangan air mata (kerana terharu). Kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat perpisahan maka berilah kami wasiat. Maka beliau bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu sekalian untuk tetap bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mendengar dan taat walau yang memimpin kamu adalah seorang hamba. Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup di kalangan kamu (berumur panjang) nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, oleh kerana itu kalian wajib berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana sesungguhnya setiap yang baru/bid’ah itu sesat~Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah