Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Konflik dalaman diri

Category: , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Sekiranya kita sentiasa bersedih, sangat mudah beremosi, atau mudah baran, cemburu dan selalu rasa nak marah, kita sebenarnya sedang mempunyai masalah kesihatan. Malangnya masalah kesihatan ini akan mengubah personaliti seseorang jika ia tidak dikekang dengan tindakan yang positif, tenang, sabar dan redha dalam menghadapinya . Masalah kesihatan emosi seringkali dianggap sebagai perkara yang remeh bagi segelintir masyarakat pada masa kini. Mungkin kerana perkara ini terlalu bersifat subjektif atau sukar untuk digambarkan didalam bentuk yang lebih tampak dan fizikal. Maka tidak hairanlah jika ada segelintir masyarakat pada masa kini yang walau secara zahirnya memiliki aset dari segala aspek kemewahan hidup namun secara emosi dan rohaninya sedang amuk menderita dibelenggu permasalahan jiwa.

Permasalahan ini tidak semestinya dialami oleh orang yang kurang upaya sepertimana pesakit ‘down-syndrome’ dan selainnya sahaja, bahkan turut juga dialami oleh orang-orang dari kelompok profesional atau siapa sahaja dari pelbagai lapisan sosial masyarakat. Bergantung kepada setiap individu, tentang bagaimana cara dia berhadapan dengan ancaman dalam bentuk kata, tulisan mahupun perbuatan yang acapkali menguji kestabilan emosi atau dalam erti kata yang lain, bagaimana individu tersebut bertindak balas dengan serangan terhadap emosi diri, sama ada mengganggap bahawa tiada apa yang sedang berlaku lalu melepaskan diri -“escapism” atau berusaha menyelesaikan konflik tersebut sehingga berjaya.

Lari daripada realiti yang sepatutnya dihadapi

Secara ironinya, setiap individu ingin mencapai sesuatu perkara dengan pantas tanpa perlu melibatkan risiko atau tenaga kerja yang tinggi sehingga terlepas sesuatu yang sangat penting tanpa disedari atau mengundang sesuatu perkara negatif dari perspektif yang berbeza. Berbanding dengan menggunakan cara yang terbaik seperti mengenengahkan permasalahan sosial kehidupan, sebagai contoh tekanan diri atau selainnya ‘interpersonal-conflict’ untuk dibincangkan serta diselesaikan secara menyeluruh dan berterus terang, ada juga individu yang mengambil keputusan untuk lebih memendamkan rasa. Tidak mahu atau tidak berani untuk berhadapan dengan masalah emosi diri dan jiwa sendiri secara realitinya. Sehingga dengan sedar merasakan dirinya umpama robot yang semakin lama semakin penat menyempurnakan kehidupan seharian sambil menanti letupnya jiwa yang resah gelisah. Mengelakkan sesuatu yang seharusnya dihadapi untuk diselesaikan dengan baik akhirnya terdedah kepada implikasi yang lain. Suatu bentuk ‘non-confrontation’ yang membawa nilai negatif kepada emosi diri.

Menyelesaikan permasalahan emosi

Individu yang berani menghadapi segala cabaran emosi atau ancaman dengan baik dan teliti demi mencapai sesuatu matlamat sebenarnya merupakan individu yang kental dan memiliki kekuatan jiwa. Menyelesaikan konflik dalaman diri atau permasalahan emosi adalah satu bentuk konfrontasi yang baik. Lagilah baik jika dibawa berbincang dengan individu lain yang lebih arif supaya satu keputusan yang wajar dapat diambil secara praktikal dan bersesuaian dengan situasi semasa diri. Sebagai contoh yang mudah, seorang pelajar yang makan hati terhadap sikap negatif seorang pensyarah, namun perlu menghadiri kuliah pensyarahnya itu setiap hari. Maka setiap harilah si pelajar itu makan hati sehingga berasa tertekan. Jika perkara ini tidak dibawa berbincang untuk diselesaikan - “escapism”, bayangkanlah bagaimana kesudahannya. Maka perlulah bagi pelajar tersebut untuk lebih bersikap berani dan berterus terang, agar konflik yang berlaku dapat diatasi serta ketegangan emosi dapat dileraikan dengan baik.

Berterus terang

Segala permasalahan jiwa, emosi berpunca dari tindakan diri yang tidak mahu berhadapan secara realiti terhadap perkara ini. Lebih bersikap lepas tangan dan cuba mencari cara mengelakkan konflik yang seharusnya dihadapi, atau lebih tepat konflik yang sedang dihadapi. Sikap diri yang tidak mahu berterus terang terhadap diri sendiri dan orang lain akhirnya menjadikan masalah mudah yang dianggap remeh ini menjadi kanser yang sangat berisiko tinggi. Ketahuilah bahawa tiada seorang pun manusia yang diciptakan oleh allah swt yang tidak diuji. Tiadalah allah swt membebankan seorang manusia itu melainkan apa yang mampu dipikul.

Wallahu ta’ala a’lam

 


Suci jiwa (2) Siapa kita?

Category: , , , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Selasa 25 Mei 2010

Assalamu'alaikum wbt...Pagi yang sangat tenang dan menenangkan. Dihiasi dengan zikir ma'thurat tentunya membungakan hati, membuka tirai kerinduan kepada ilahi dan sahabat seperjuangan. Mengenangkan posisi kita sebagai hamba tegar, milik tuhan yang maha esa secara mutlak, membuatkan jiwa ini sentiasa terlindung, lebih teratur, tidak keterciciran di mana2 jua simpang sepanjang perjalanan da'wah.

Dimensi Hidup dan Jalan | Prolog

Begitu indahnya dunia ini apabila kita disajikan kesenangan hidup, kekayaan aset, kemewahan yang tiada titik akhir, kuasa untuk menggerakkan sesuatu, jawatan dan pangkat yang menjadi kebanggaan, perempuan, kerinduan oleh kekasih gelap, kasta dan pengkelasan taraf hidup yang membezakan antara tikus dengan politikus, antara bubur nasi dengan makaroni, serta hiburan yang istimror. Kesemua perhiasan hidup ini (rujuk Al-imron:14) adalah sajian persoalan, percaturan dunia untuk hambaNya sepanjang penerokaan redha allah swt. Jalan yang allah swt berikan kepada kita ini bukanlah jalan yang biasa. Ada persimpangannya, ada perhentian semantara yang indah permai, ada rintangannya, ada onak durinya, ada sahabat yang bersama-sama dengan kita, ada bekalnya, ada pencahayaannya, ada papan tandanya, ada pandu arahnya namun adakah kita sedar akan semua ini?

Manusia dan Penglihatan

Allah swt maha adil dan bijaksana dalam merangka dan membuat perhitungan untuk hamba-hambaNya. Diciptakan dunia ini untuk hambaNya menjadi khalifah, menjaga dengan baik sebagai suatu bentuk amanah, tidak dirosak-rosakkan dan pastinya hamba Allah swt Tuhan Sekalian Alam yang terpilih ini ialah manusia. Istimewanya manusia berbanding hambaNya yang lain seperti haiwan, batu, pokok, gunung, dan segalanya adalah kerana manusia dikurniakan 'aqal. 'aqal membolehkan manusia berfikir, merencana dan membuat keputusan sewajarnya mengikut keperluan dalam kehidupan ummat seluruhnya. Manusia juga bukan sekadar mampu melihat bahkan menafsir apa sahaja yang dilihat, memahami dan menghayati sedalam-dalamnya sesuatu perkara itu dengan jelas. Kemampuan ini membantu manusia untuk memahami dan melaksanakan amanah dari Allah swt Tuhan Sekalian Alam ini dengan baik. Maka, hebat sungguh manusia berbanding hamba-hambaNya yang lain. Peringatan daripada Allah swt;

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-a'Rof:179)

Tasyrifan atau Taklifan?

Tasyrifan itu adalah suatu bentuk penghormatan, memuliakan seseorang, tanda penghargaan tanpa diikat kepada sesuatu tanggungjawab. Taklifan itu pula merupakan suatu tanggungjawab, melaksanakan amanah yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Manusia itu adalah hamba yang terpilih, diangkat oleh Allah swt Tuhan Sekalian Alam antara hamba-hambaNya yang lain untuk menjadi khalifah, sebagai raja yang mengurus dan mentadbir isi dunia. Adakah ini suatu tasyrifan atau taklifan? Sudah tentulah taklifan, kerana manusialah yang memiliki 'aqal untuk membezakan secara lahiriah antara hambaNya yang lain, diberi tanggungjawab untuk mentadbir, mengurus secara baik segala isi alam ini. Bukanlah berseronok, bersuka ria mengisi ruang kekosongan usia, menghabiskan sumber tenaga didunia lalu mengabaikan kebajikan hamba-hamba Allah swt yang lain. Sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam AlQuran;

  • Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [AlbaQoroh:29]
  • Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".[AlbaQoroh:30]
  • Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". [AlbaQoroh:31]
  • Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". [AlbaQoroh:32]
  • Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".[AlbaQoroh:33]
Maha suci Allah swt, manusia itu diciptakan sangat istimewa, berbeza kemampuan berbanding hamba-hamba Allah swt yang lain. Begitu besarnya amanah dan kepercayaan yang allah swt berikan, letakkan kepada manusia untuk menggerakkan agenda pentadbiran dan pengurusan didunia ini, khususnya di atas muka bumi untuk tunduk menyembah Allah swt. Persoalannya, adakah kita sedar akan perkara ini dalam kerancakan mengejar kuasa dan keseronokan dunia?

Agenda 'Ubudiah | Sujud Kepada Allah Swt

Allah swt maha hebat dan bijaksana. Manusia walaupun diberi taklifan sebagai khalifah, yang membezakan dari hamba-hambaNya yang lain secara zahir, tetap tidak akan lari dari konsep pengabdian diri kepada Allah swt. Manusia itu khalifah, tetap hamba kepada Allah swt. Tunduk, sujud kepada Allah swt, memohon keampunan dan keberkatan hidup daripada Allah swt. Keseimbangan ini mengisi kekosongan jiwa manusia, supaya sentiasa bergantung kepada Allah swt, menjalankan amanah kerana cintanya kepada Allah swt. Membawa seluruh makhluk Allah swt, baik yang sekecil2 cipataan sehinggalah sebesar2 alam untuk sama2 tunduk kepada Allah swt. Merealisasikan konsep 'ubudiah, iaitu penghambaan diri kepada Allah 'azzawajalla.

Dimensi Hidup dan Jalan | Epilog

Cantiknya perjalanan hidup ini, walaupun dihiasi pelbagai bentuk dugaan dan cabaran yang getir, Allah swt tetap memberi petunjuk, cahaya yang membebaskan diri manusia ini dari cengkaman yang bathil. Dikurniakan nabi dan Rosul sebagai pendorong, memberi semangat, yang mengingatkan kita supaya kembali mengesakan Allah swt dan mempermudah perjalanan dengan contoh yang terbaik dalam mencapai keredhaan Allah swt. Diturunkan pula AlQuran sebagai pedoman, yang memeta dan memandu arah kita sehingga sampai kepada Allah swt. Diberikan bekal, ataupun ruang hidup untuk kita meningkatkan dan meningkatkan lagi ibadah kita untuk dibawa ke akhirat kelak, ditemukan kita dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang terus menerus mengingatkan kita sewaktu terlupa, sama2 berjalan menempuh perjalanan menuju Allah swt. Adakah kita menghargai kesemua nikmat ini?

Dunia ini adalah suatu perhentian yang sementara. Walaupun indah dan permai, namun ia tidak berkekalan dan pasti akan hancur lebur. Maka janganlah leka dan berangkatlah meneruskan perjalanan, jangan tersalah memilih simpang, hayati dan fahami panduan hidup di dalam AlQuran. Berhati-hati meredah onak duri kehidupan serta bertawakal sepenuhnya kepada Allah swt. Hidup ini bukanlah jalan yang biasa. Astaghfirullahal 'Azim..

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.." (Adz-zariyat:56)

Wallahuta'ala A'lam.

ishaQ
25/05/2010
Segamat
 


cinta berteras khianat

Category: , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Ada seorang hamba allah.
Setelah sekian lama berkelana tidak pulang ke pangkuan keluarga tanpa sebarang khabar, tanpa sebarang berita, akhirnya pulang membawa seorang isteri. Muda dan bergaya sehingga mendedah aurat. Pihak keluarga walaupun terkilan atas sikap hamba allah ini, namun tetap tersenyum mesra mengerat kembali hubungan. Si isteri ini seorang yang tidak mesra sikapnya.. Alhamdulillah, walimatul 'urus tetap dilaksanakan. Keluarga si hamba allah ini tertanya2 mengapa si isteri tersebut menangis tidak mahu mengadakan walimatul 'urus....dan sehingga hari tersebut, pasangan suami isteri ini kembali menghilang tanpa khabar.. Rasa terkilan mengisi ruang hati pihak keluarga..

Selang beberapa bulan, akhirnya tiba juga berita. Namun apa yang mengejutkan apabila hamba allah ini ditangkap polis dan dipenjara. Hamba allah ini didakwa atas tuduhan memiliki dadah di rumahnya dan beliau menafikan dakwaan ini dan beliau sendiri terkejut dengan penemuan dadah tersebut dirumahnya. Beliau disabitkan kesalahan lalu menjalani hukuman penjara dan sebatan. hamba allah yg menyatakan dirinya dianiaya ini mengharapkan si isteri untuk membantunya dengan menjelaskan jaminan.


Bagaimanakah pula dengan isterinya?

Si isteri menghilang tanpa dikesan. Anak angkat yang diambil hamba allah ini dipulangkan kembali ke rumah anak yatim. Si isteri keras mendakwa bahawa dadah yang dijumpai dirumahnya itu milik hamba allah ini. Milik hamba allah ini dakwanya..milik hamba allah ini! Si isteri membisu tanpa membantu hamba allah ini walaupun untuk menjelaskan wang jaminan membebaskan suaminya. Tiada khabar berita, segala harta, rumah, aset dan kereta hamba allah ini hilang bersama si isteri. semuanyanya lesap tanpa meninggalkan satu sen pun untuk hamba allah ini. Sehelai sepinggang hamba allah ini. Kemanakah isterinya menghilang selepas kejadian ini?

Wallahu ta'ala a'lam. Perkahwinan yang baik adalah perkahwinan yang direstui kedua2 keluarga.


http://farm4.static.flickr.com/3134/3082380245_a17b6014b2.jpg

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (An-nisa’:1)

 


Jaulah ke Terengganu | Tinta muhasabah

Category: , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Jaulah ke Terengganu

Sekian lama sudah kaki ini tidak menjejaki bumi darul iman ini. Kali terakhir adalah sewaktu mengikuti jaulah bersama-sama ikhwah yang sangat ana sayangi. Mengisi hati dengan keenakan penghayatan ukhrowi. Menimba pelbagai pengalaman menarik yang kini masih segar di dalam ingatan. Semua pengembaraan itu sudah dicatatkan dalam entri 2009 yang lalu. Moga-moga kembara tersebut membuahkan hasil yang signifikan dan istimror. [Lihat entri lalu]

Perjalanan yang sehari

Bertolak jumaat malam, 8 Januari 2010. Ana bersama 3 lagi sahabat Kesatuan Pelajar Islam Johor KPIJ menaiki bas menuju ke Kampus Kusza Universiti Darul Iman UDM. Disambut mesra oleh sahabat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM yang kini masih menuntut di Universiti Darul Iman tahun akhir. Saudara Salehuddin dan Saudari Rosmayati. Alhamdulillah, walaupun mereka baru sahaja habis grand program, namun mereka tetap mesra melayani kami sebagai tetamu istimewa. Kami dibawa melawat sekitar kampus UDM. Agak unik dan selesa suasana pembelajaran disana. Kami diperkenalkan kepada Saudari Masyitah dan Saudari Ain, penuntut UDM yang juga merupakan wakil dari Kesatuan Pelajar Islam Terengganu KEPITAR. Bersama-sama mereka, seorang ustazah yg sangat disegani, Uzh Salimah, orang kuat di UDM merangkap mas`ul PKPIM di UDM.

Kami dibawa bersama oleh Uzh Salimah untuk memeriahkan majlis sambutan ma`al hijrah yang di aturkan oleh Persatuan Orang Cacat penglihatan Islam Malaysia PERTIS. Setibanya kami disitu, Kami terkesima melihat raut wajah satu persatu warga emas cacat penglihatan baik muslimat mahupun muslimin yang lengkap berkopiah setia menanti penyampaian ceramah ma`al hijrah oleh Uzh Salimah. Untuk pengetahuan anda, mereka merupakan orang-orang buta yang tidak celik kedua mata. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh seorang saudara warga emas al-hafiz yang cacat penglihatannya. Agak mencuitkan hati melihat aksi saudara warga emas tersebut yang terkial-kial mencari kerusi sambil tersenyum manis setelah dibantu seorang pakcik. Doa yang dibaca tersebut mungkin biasa bagi anda tetapi tidak bagi kami kerana ia dibaca bukan menggunakan mata sebaliknya hati dan difahami. Kemudian, disambung pula dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh saudara latif bin jalal, yang umurnya sehampir umur lewat 40an. Cacat penglihatan, kesan trbakar di pipi dan hilang sebelah tangan kirinya. Raut wajahnya yang agak ceria sambil tersipu-sipu memegang mic dan meraba mencari kerusi melucukan hati bagi yang melihatnya. Kami kemudiannya kaku mendengar lunaknya bacaan ayat suci alquran surah albaqarah sambil bertarannum secara tartil, dan baik tajwidnya. Bagi yang mendengarnya, pasti terharu sehingga gugur air mata. Sangat menusuk hati kami. Sekali lagi, mereka merupakan orang-orang buta yang tidak celik kedua mata. Suatu tamparan hebat dari Allah swt utk saya. Mereka tidak menggunakan mata utk sekadar baca, sebaliknya menggunakan hati utk menghayati bacaan, dan menyampaikan ayat suci allah swt tersebut juga menggunakan hati. Inilah yang layak dikatakan penyampaian dari hati ke hati yang basah sifatnya. Subhanallah. Maha suci Allah swt.

Siapakah kita

Kita menggunakan nikmat kurniaan allah swt utk melakukan sesuatu yang sia-sia dan tidak patut dilakukan. Lihatlah disekeliling anda sekali lagi. Apakah yang akan anda lakukan andai kata Allah swt menarik semula nikmat mata anda pada saat anda memerlukan mata tersebut? Mereka yang telah diambil nikmat mata tersebut memiliki penghayatan iman jauh lebih hebat daripada kita yang celik kedua-dua mata kiri dan kanan. Saudara, ingatlah bahawa Allah swt dah lama menegur kita dalam surah attaubah: 111, yang membawa maksud Allah swt ingin membeli nikmat kurniaan pada diri kita ini dengan sesuatu yang sangat besar dan bukan senang untuk diperoleh, ya`ni syurga-Nya. Nah, teguran ini jelas menyuruh kita agar memanfaatkan sepenuhnya nikmat kurniaan yang telah diberikan dengan sebaik mungkin. Moga-moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang mensyukuri nikmat kurniaanNya, Insha allah.

Mereka yang cacat penglihatan tetapi celik hatinya sangat ingin dan bersemangat untuk menjalankan usaha dakwah. Meneruskan usaha dakwah Ar-rasul. Bagaimana rasanya hidup dalam keadaan begini. Mencari-cari makna kehidupan, merasai nikmat keimanan, membasahkan hati dengan tadabbur kepada ayat-ayat Allah swt serta menghayati penghambaan diri sepenuhnya kepada Allah swt. Saudara, bagaimana pula dengan anda yang sihat kedua-dua belah mata? Maha suci Allah swt.

Jadi, itulah saudara, sehari perjalanan disana. Suntikan rohani yang dicari secara tidak langsung diperolehi. Malam tersebut merupakan malam pengenalan kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM, Kesatuan Pelajar Islam Terengganu KEPITAR, dan Kesatuan Pelajar Islam Johor KPIJ bagi penuntut-penuntut Universiti Darul Iman.
Catatan

Ahad
24 Muharram 1431
10 Januari 2010

Assalamu`alaikum~
Pen-off
 


Bangkit bersyukur=)

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi


Dalam derita ada bahagiamu
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu~

Dedikasi renungan buat anda, yang merupakan khalifah dimuka bumi Allah swt yang serba indah ini, yang sentiasa diuji dan diuji, diuji, diuji......~ serta tidak sesekali berputus asa dengan rahmatNya..:) Percayalah, sesungguhnya Allah swt sangat dekat dengan kita [56:85]. So, marilah kita mendampingkan diri kepada Allah dengan taat dan sentiaasa beramal soleh [96:19]! (^_~)

Ingat2 selalu taw...(suka rangkap 1,2 dan 3. tarik;)

Ukhwah fillah abadan abada..

Assalamu`alaikum~
Pen-off