Bangkit bersyukur=)

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi


Dalam derita ada bahagiamu
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu~

Dedikasi renungan buat anda, yang merupakan khalifah dimuka bumi Allah swt yang serba indah ini, yang sentiasa diuji dan diuji, diuji, diuji......~ serta tidak sesekali berputus asa dengan rahmatNya..:) Percayalah, sesungguhnya Allah swt sangat dekat dengan kita [56:85]. So, marilah kita mendampingkan diri kepada Allah dengan taat dan sentiaasa beramal soleh [96:19]! (^_~)

Ingat2 selalu taw...(suka rangkap 1,2 dan 3. tarik;)

Ukhwah fillah abadan abada..

Assalamu`alaikum~
Pen-off

 

2 comments so far.

  1. shaiefa November 1, 2009 at 9:59 PM
    I luv this song..~ sangat2 memberi kesan.. RAhmAT UjiAn..
  2. SITI RAHMAH BORHAM November 1, 2009 at 11:23 PM
    bgus2..ingatlah surah al-baqarah (155-156)..pasti kmu akn bersyukur selalu..

Something to say?