Jaulah ke Terengganu | Tinta muhasabah

Category: , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Jaulah ke Terengganu

Sekian lama sudah kaki ini tidak menjejaki bumi darul iman ini. Kali terakhir adalah sewaktu mengikuti jaulah bersama-sama ikhwah yang sangat ana sayangi. Mengisi hati dengan keenakan penghayatan ukhrowi. Menimba pelbagai pengalaman menarik yang kini masih segar di dalam ingatan. Semua pengembaraan itu sudah dicatatkan dalam entri 2009 yang lalu. Moga-moga kembara tersebut membuahkan hasil yang signifikan dan istimror. [Lihat entri lalu]

Perjalanan yang sehari

Bertolak jumaat malam, 8 Januari 2010. Ana bersama 3 lagi sahabat Kesatuan Pelajar Islam Johor KPIJ menaiki bas menuju ke Kampus Kusza Universiti Darul Iman UDM. Disambut mesra oleh sahabat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM yang kini masih menuntut di Universiti Darul Iman tahun akhir. Saudara Salehuddin dan Saudari Rosmayati. Alhamdulillah, walaupun mereka baru sahaja habis grand program, namun mereka tetap mesra melayani kami sebagai tetamu istimewa. Kami dibawa melawat sekitar kampus UDM. Agak unik dan selesa suasana pembelajaran disana. Kami diperkenalkan kepada Saudari Masyitah dan Saudari Ain, penuntut UDM yang juga merupakan wakil dari Kesatuan Pelajar Islam Terengganu KEPITAR. Bersama-sama mereka, seorang ustazah yg sangat disegani, Uzh Salimah, orang kuat di UDM merangkap mas`ul PKPIM di UDM.

Kami dibawa bersama oleh Uzh Salimah untuk memeriahkan majlis sambutan ma`al hijrah yang di aturkan oleh Persatuan Orang Cacat penglihatan Islam Malaysia PERTIS. Setibanya kami disitu, Kami terkesima melihat raut wajah satu persatu warga emas cacat penglihatan baik muslimat mahupun muslimin yang lengkap berkopiah setia menanti penyampaian ceramah ma`al hijrah oleh Uzh Salimah. Untuk pengetahuan anda, mereka merupakan orang-orang buta yang tidak celik kedua mata. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh seorang saudara warga emas al-hafiz yang cacat penglihatannya. Agak mencuitkan hati melihat aksi saudara warga emas tersebut yang terkial-kial mencari kerusi sambil tersenyum manis setelah dibantu seorang pakcik. Doa yang dibaca tersebut mungkin biasa bagi anda tetapi tidak bagi kami kerana ia dibaca bukan menggunakan mata sebaliknya hati dan difahami. Kemudian, disambung pula dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh saudara latif bin jalal, yang umurnya sehampir umur lewat 40an. Cacat penglihatan, kesan trbakar di pipi dan hilang sebelah tangan kirinya. Raut wajahnya yang agak ceria sambil tersipu-sipu memegang mic dan meraba mencari kerusi melucukan hati bagi yang melihatnya. Kami kemudiannya kaku mendengar lunaknya bacaan ayat suci alquran surah albaqarah sambil bertarannum secara tartil, dan baik tajwidnya. Bagi yang mendengarnya, pasti terharu sehingga gugur air mata. Sangat menusuk hati kami. Sekali lagi, mereka merupakan orang-orang buta yang tidak celik kedua mata. Suatu tamparan hebat dari Allah swt utk saya. Mereka tidak menggunakan mata utk sekadar baca, sebaliknya menggunakan hati utk menghayati bacaan, dan menyampaikan ayat suci allah swt tersebut juga menggunakan hati. Inilah yang layak dikatakan penyampaian dari hati ke hati yang basah sifatnya. Subhanallah. Maha suci Allah swt.

Siapakah kita

Kita menggunakan nikmat kurniaan allah swt utk melakukan sesuatu yang sia-sia dan tidak patut dilakukan. Lihatlah disekeliling anda sekali lagi. Apakah yang akan anda lakukan andai kata Allah swt menarik semula nikmat mata anda pada saat anda memerlukan mata tersebut? Mereka yang telah diambil nikmat mata tersebut memiliki penghayatan iman jauh lebih hebat daripada kita yang celik kedua-dua mata kiri dan kanan. Saudara, ingatlah bahawa Allah swt dah lama menegur kita dalam surah attaubah: 111, yang membawa maksud Allah swt ingin membeli nikmat kurniaan pada diri kita ini dengan sesuatu yang sangat besar dan bukan senang untuk diperoleh, ya`ni syurga-Nya. Nah, teguran ini jelas menyuruh kita agar memanfaatkan sepenuhnya nikmat kurniaan yang telah diberikan dengan sebaik mungkin. Moga-moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang mensyukuri nikmat kurniaanNya, Insha allah.

Mereka yang cacat penglihatan tetapi celik hatinya sangat ingin dan bersemangat untuk menjalankan usaha dakwah. Meneruskan usaha dakwah Ar-rasul. Bagaimana rasanya hidup dalam keadaan begini. Mencari-cari makna kehidupan, merasai nikmat keimanan, membasahkan hati dengan tadabbur kepada ayat-ayat Allah swt serta menghayati penghambaan diri sepenuhnya kepada Allah swt. Saudara, bagaimana pula dengan anda yang sihat kedua-dua belah mata? Maha suci Allah swt.

Jadi, itulah saudara, sehari perjalanan disana. Suntikan rohani yang dicari secara tidak langsung diperolehi. Malam tersebut merupakan malam pengenalan kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM, Kesatuan Pelajar Islam Terengganu KEPITAR, dan Kesatuan Pelajar Islam Johor KPIJ bagi penuntut-penuntut Universiti Darul Iman.
Catatan

Ahad
24 Muharram 1431
10 Januari 2010

Assalamu`alaikum~
Pen-off
 

0 comments so far.

Something to say?