Nilai sesuatu yang ada.

By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Habil.

Baru2 ni, mak habil masuk wad.. demam panas. tapi tidak ada tanda-tanda denggi atau apa-apa penyakit berjangkit. Habil ulang alik dari kampus ke hospital semata2 ingin melihat kondisi maknya. Doktor tidak dapat mengenal pasti apa punca penyakit yang sedang dihidapi mak habil. well, kalau dah demam tu mesti ada something yang relate dengan bacterial infection..

Kemudian SPO2 mak habil decline dari range yang sepatutnya. Okesigen larut dalam darah semakin berkurangan. Beliau terpaksa dipindahkan ke wad ICU.. tiba2, datang satu berita menduka citakan. Nenek habil meninggal dunia. takziah..

Pagi ni, habil tidak ke kampus. Menemani maknya di wad ICU. Selepas habis kuliah pagi, kami tekad 3 buah kereta bergerak ke hukm untuk melawat mak habil yang terlantar di wad ICU. keadaan mak habil agak tidak stabil.. heart rate dari maksimum 100 beats/sec naik mendadak ke 148-149 beats/sec.. hyperventilated. Ya allah, sangat2 rawan hati kami suasana tersebut..

Malam ni kami berada di kampus untuk berehat.. habil mesej, maknya sedang tenat.. minta doakan agar sembuh insha allah..

tidak lama kemudian, habil mesej.. maknya sudah dijemput allah swt.. sehari selepas neneknya. Semoga allah swt menempatkan mereka dalam kalangan Soleheen.. Alfatihah..

Nad.

Baru je kenal. Seorang yang tidak mudah bergaul dengan orang lain (i think so). well, educated, n bila ditanya, ada gak jawapannya.. Jumpa semasa induksi.. stay bawah department saya untuk skuad prihatin johor. Perwatakan yang agak misteri..selalu pandang bawah, n berat gak mulutnya. Maybe xberapa selesa utk beri kerjasama dlm teamwork bersama2 saya yang belum dikenalinya. well, i'm not blaming anyone here.. Pada penelitian saya, dia mesti ada beberapa permasalahan yang belum selesai, dan ia sangat2 berat.. tp, dia taknak berkongsi..

So, saya tanya la kpd beberapa orang yang boleh membantu..

Rupa2nya, menyentuh hati gak kisah hidupnya..

Dahulunya berperwatakan yang agak lasak dan kurang manis, kemudian setelah melalui beberapa proses tarbiah, akhirnya berubah kepada seorang yang lebih baik.. Besarlah harapan dia untuk berubah.. mencari makna sebenar hidup dan cinta kepada allah..

Juga, seorang dari mangsa perceraian ibu bapa.. tekanan yang sangat membebankannya.. yang diinginkannya adalah sebuah keluarga bahagia disamping ibu, bapa dan adik beradik.. selepas bercerai ibu bapa, hidup mengalami kepayahan yang sangat besar.. masalah kewangan dan lain2..

Kini, hidupnya semakin rumit. sambil belajar, sambil bekerja. duit ptptn dipotong, dan bakinya habis bayar hutang sana sini.. ibu yang bekerja tidak mampu membiaya perbelanjaan sebanyak itu.. Hidup, berdikari.. kekuatan, perlu dicari.

Saya.

Cuti sem tiga bulan.. kerana terlalu banyak komitmen luar yang perlu diselesaikan, maka banyak tempatlah yang perlu diterjah.. segamat, mersing, bp, jb, segamat, pontian, bp..

dalam 3 bulan cuti, setelah dicongak2, rupanya hanya 3 hari sahaja berada dirumah bersama2 keluarga.. membuatkan saya terfikir jauh.. bila lagi akan ada ruang dan peluang bersama keluarga yang allah swt beri ini?
 

0 comments so far.

Something to say?