Parasit agama
Ada beberapa perkara yang perlu dikomen dan dijadikan isu. Baru tadi, terlihat satu siri animasi yang menarik grafiknya bertajuk 'Saladin'. Mungkin pada fikiran kita, agak bagus jika tokoh-tokoh hebat islam pada masa yang lalu diangkat untuk dipamerkan dan diperkenalkan kepada generasi baru pada masa kini.
1. Generasi pada masa kini dapat mengambil pengajaran, semangat usaha dan keazaman Salahuddin Al-ayubi yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah didalam menyebarkan kalimah syahadah yang agung dan kebenaran islam.
2.Tokoh islam yang sangat disegani dan menjadi model untuk pendakwah beroleh motivasi didalam gerak kerja dakwah serta pembangunan tarbiah.
3. Mengangkat martabat dan kegemilangan islam di dalam akal fikiran masyarakat dunia.
4. Supaya masyarakat semuanya tunduk kepada kekuasaan islam.
Namun, media animasi yang memaparkan terjemahan kisah 'Saladin' tersebut sangat-sangat menghampakan bagi sesiapa yang menyoroti kisah hidup Salahuddin Al-ayubi. Jalan cerita yang tidak sama seperti mana kisah sebenar.
1. Kisah bersiri Saladin tersebut ditayangkan didalam bahasa inggeris, latar masyarakatnya yang memakai pakaian jubah arab. Namun, penceritaannya 'agak pelik' kerana setiap episodnya membawa isu yang tidak ada kena mengena dengan kisah hidup Salahuddin Al-ayubi. Sangat jelas menunjukkan bahawa jalan ceritanya diolah mengikut citarasa sendiri bagi tujuan keseronokan.
2. Tidak ada elemen islam yang ingin ditampilkan atau diterjemah. Tidak ada tanda-tanda bahawa siri animasi ini adalah untuk tujuan dakwah atau memperkenalkan Salahuddin Al-ayubi sebagai seorang tokoh islam yang mendaulatkan syariat islam.
3. Produser sekadar menangguk di air yang keruh dengan 'menumpang' populariti tokoh islam yang sangat hebat ini lalu menjayakan tujuan produk animasinya. Tidak ada langsung tujuan yang jelas didalam mana-mana episod animasi Saladin untuk membawa masyarakat kepada islam.
Sewaktu dipenghujung rancangan, senarai nama individu yang menjayakan produksi Saladin ini dipaparkan dan hampir semua yang menjayakan animasi ini adalah orang-orang cina Malaysia. Jadi, benarkah siri animasi 'Saladin' ini bertujuan untuk dakwah? bertujuan untuk membawa makna pengibadatan kepada allah swt sebenar-benarnya? Atau mereka sekadar parasit kepada agama islam..
Saya suka menegaskan bahawa;
Kita sebagai orang islam yang mengamalkan nilai-nilai islam, kenapa tidak kita menjaga keaslian dan maruah islam?
Kita ada ramai tokoh-tokoh islam yang sanggup menghabiskan masa dan usia serta bermati-matian untuk menegakkan dan menyebarkan islam, tahu x kenapa?..
Setiap daripada tokoh-tokoh islam ini hanyalah insan biasa, yang menyedari bahawa dakwah dan tarbiah itu perlu.. menyampaikan kebenaran ini adalah perlu.. dan manusia perlu tahu, bahawa Allah swt itu ada. Dialah satu-satunya tuhan sekalian alam, wajib disembah dan dita'ati.. kerana hidup ini adalah tumpangan sementara untuk ke akhirat..
Andai kata kita gagal menjaga keaslian kisah tokoh-tokoh islam ini, maka banyaklah perkara dongeng yang akan disumbat masuk. Lalu anak-anak muda generasi sekarang akan menjadi semakin keliru tentang kesahihannya. Inilah amanah kita generasi sekarang.
sekiranya gagal menjaga amanah ini, maka allah swt akan beri peluang kepadakufar untuk mengambil alih senjata media untuk mengubah kebenaran.. Lalu menanam ideologi dan pandangan sekular didalam minda generasi sekarang tentang tokoh-tokoh islam. Generasi sekarang hanya akan tahu tentang kejayaan mereka sahaja, tanpa mengetahui apa ertinya perjuangan mereka didalam soal keimanan dan taqwa kepada allah swt juga bagaimana proses tarbiah yang mereka lalui..
SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.
Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.
Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Jadi saya menyeru saudara-saudara seislam saya yang berada di medan animasi, hasilkanlah produk animasi islam yang mengangkat tokoh-tokoh islam seperti ini khusus untuk mengembalikan roh perjuangan mereka menegakkan kalimah Allah swt.. agar dapat dihayati bersama dengan generasi kini.. Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha anda, dan pastinya usaha tersebut merupakan satu daripada jihad yang kita dambakan selama ini.. moga Allah swt menganugerahkan syurga dan keberkatan kepada kita.. Jika bukan kita yang bertindak, siapa lagi?