Refleksi diri
Assalamualaikum wbt.
Semoga allah swt memudahkan urusan sepanjang midterm examination minggu depan :) tinggal lagi beberapa bulan sahaja lagi untuk menduduki professional examination. satu marhalah ilmu didalam sekolah perubatan.. indikator besar yang menentukan samada kita layak atau tidak untuk meneruskan pengajian perubatan.
Hampir sebentar dirasakan, walau dua tahun berlalu. Pelbagai krisis, konflik, suka dan duka pengalaman menghiasi hidup sebagai seorang pelajar perubatan. Benar, masa itu sangat berharga. Banyak masa yang diperlukan untuk menelaah ilmu dan mengaitkan secara terus dangan allah swt. mengaitkan setiap ilmu yang ditimba dengan maghrifah allah swt.. mengaitkan secara terus dengan 'ubudiah.. mengaitkan secara terus dengan makna perhambaan diri seorang makhluk kepada allah swt..
Hidup ini adalah proses untuk mengenal siapa tuhan dan siapa makhluk. Hidup ini adalah proses untuk menimba sebanyak mana ilmu untuk difahami, dan digerakkan oleh jasad untuk beribadah kepada allah 'azza wa jalla.. Hati yang sentiasa sejuk basah mengingati allah swt dengan jiwa yang sentiasa segar akan mudah meneliti konsep ibadah dan maghrifah allah swt didalam setiap sisi ilmu yang diperoleh.
Tidak ramai yang memahami tujuan hidup didunia ini yang disangka luas dan penuh dengan segala nikmat. Menyangka bahawa hidup sudah sempurna dengan makan yang cukup mewah, pakaian yang branded, kegembiraan sepanjang hari dengan penuh gelak tawa, tidur yang cukup, keperluan hidup yang cukup dan kewangan yang stabil. Padahal allah swt sedang menguji, dengan segala kecukupan ini, sehingga terlebih dari cukup ini, adakah kita sedar tentang matlamat kita untuk tunduk patuh kepada allah swt? adakah masa yang diberi dimanfaatkan untuk khusyuk beribadah kepada allah swt atau sangat sibuk mengurus harta dunia? Adakah kita sedar bahawa allah swt sedang berbicara dengan kita melalui ujian ini?..
Dimana kita letak janji kita sebelum ditiup roh ke dunia ini? Mengapa kita malas dan payah untuk memahami bahawa segala ilmu yang kita pelajari adalah untuk bawa kita tunduk beribadah kpada allah? dimana peranan kita sebagai hamba.. dimana pula kita buangkan peranan kita sebagai khalifah untuk bawa segala makhluk allah swt tunduk kepada allah swt? Islam, tidak tertegak hanya dengan kata2 manis kita.. ia perlu bertindak.
Percayalah, allah swt tuhan sekalian alam akan beri balasan dan timbal balik yang terbaik untuk kita. Mulakanlah langkah 'ubudiah kita..
Untuk motivasi kita sebagai hamba allah swt;
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." At-taubah : 111
Ya tuhan, pimpinkanlah kami..