Ibnu Sina alHafiz tokoh ilmuan islam sepanjang zaman

By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi


Abu Ali Alhussain bin 'abdullah atau lebih dikenali dengan gelaran Ibnu Sina merupakan seorang tokoh cendiakawan islam yang tersohor sepanjang zaman. Cetusan ilmu yang dikembangkan olehnya ternyata sangat hebat dan menjadi rujukan yang teramat penting sehingga abad ke 21.

Beliau dilahirkan pada tahun ke 980 masihi di asfana berdekatan bukhara yang kini dikenali sebagai uzbekistan. Seawal umur 10 tahun, beliau telah menguasai alQuran 30 juzuk sepenuhnya yang membimbing beliau menjadi manusia yang sangat soleh dan pintar, berfikiran jernih dan bersifat ibadah. Mengatur langkah suci, membentuk peribadi yang sangat hebat. Beliau sering mengikuti majlis-majlis ilmu, dan sangat berminat untuk mengenali allah swt dengan lebih dekat.

Ibnu Sina telah menguasai ilmu perubatan pada umur 16 tahun. Berjaya menguasai ilmu yang jarang dikuasai pada umur kita 16 tahun, sebaya kita semasa kita tingkatan 4 dulu. Pada umur 18 tahun, Ibnu Sina dipanggil untuk merawat seorang putera raja yang sedang sakit kronik. Sudah ramai tabib dipanggil untuk merawat, namun tiada seorang pun yang berjaya merawat putera raja tersebut. Ditakdirkan allah swt Ibnu Sina berjaya merawat putera raja. Subhanallah.

Berbekalkan pengamatan Ibnu Sina yang tinggi dalam bidang alQuran dan sains perubatan serta kecenderungan yang sangat tinggi untuk mengenal allah swt, Ibnu Sina meneroka lebih jauh untuk mencari makna kehidupan. Ibnu Sina mengkaji falsafah hipocrates secara rabbani.

Kepintaran Ibnu Sina untuk berfikir lebih jauh telah membawa Hafiz alQuran ini ke dalam ruang falsafah dan segenap ilmu lain seperti astrologi, metafizik, psikologi, ilmu kalam, fizik, sains, geometrist, matematik, paleontologist, kimia serta menjadi pakar dalam segenap bidang ilmu tersebut. Ibnu Sina menjadi satu daripada pelopor kepada zaman emas Islam. Sumbangan yang besar oleh Abu Ali AlHusain Bin 'Abdullah ini telah meletakkan beliau, seorang ilmuan islam AlHafiz sebaris dengan tokoh dunia yang hebat seperti ArRozi, AlKhawarizmi, AlBatuti dan lain-lain.

[Memperkasa Intelektualism dan Idealism Islam]
 

2 comments so far.

  1. ummu May 28, 2011 at 9:26 AM
    Raja yg Ibnu Sina rawat waktu umur 18 tahun pemerintah kerajaan Samaniyah, namanya Raja Nuh bin Mansur...sebab raja sakit perur yg parah...
  2. Anonymous February 23, 2013 at 5:17 AM
    salam, nak tanya kenape beliau digelar ibnu sina?sebab name sebenar beliau berbeza sangat dengan gelarannya.

Something to say?