Teka Teki AlGhazali..=)

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…

Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pastinya akan merasakan mati

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali-Imran : 185)

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Walau bagaimanapun kita, walau apapun kenderaan kita, kita tetap tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan syari`at islam.

Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU. Hawa nafsu yang besar mampu mendominasi diri baik dari keinginan, sikap mahupun kelakuan sehingga tidak mampu dikawal.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. (Surah Al A’raf : 179).

Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (Surah Al-Ahzab : 72).

[*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga ada manusia yang masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah ini.

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita melengah dan meninggalkan solat.

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

 


Thabatkan Jiwaku

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Ada yg bertanya kenapa aku harus disini..
Kenapa aku perlu berada di tabaqot ini..
tanngungjawab dan amanah..
Bukan benda yg suka-suka..
Aku dah booking penginapan 6 bintang di dalam naar..
pada usia 19 tahun.
Bil melambung-lambung, aku kne kerja keras..
Kumpul sebanyak yang mungkin utk jelaskan bayaran..
yg setimpal dengan apa yg aku terima..

kenapa aku harus disini..
bukan,..
Apa yg perlu aku usahakan lagi utk ini, ini dan ini.
berikan aku hidayah dan kekuatan..
thabatkan jiwaku di sepanjang jalan ini..

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik"

yusuf:108

Andai kau faham..
ini aku.
Dimana kau?
Syurga nan indah..?
 


Kem Motivasi Remaja Muslim | selesai=)

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Bismillahil Awwalul Akhir~

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya, dapat jua Kem Motivasi Remaja Muslim dilaksanakan di pusat tahfiz serdang selama tiga hari dua malam. Walaupun agak meletihkan, namun rasa tanggungjawab dan kesedaran amanah yang dipikul mengatasi segalanya. Ikhlas? insya allah=)

Jumaat 20Nov09-Ahad22Nov09

Petang tersebut IshaQ dan rumatenya yang handsome, Wafiy dah bersiap sedia untuk bergerak ke serdang dari Glenview ampang. Menaiki teksi ke Ktm Bandar Tasik Selatan. Tambangnya pun kaw2. Ingat nak suruh Wafiy bayarkan. Ceh, tricky betul si Wafiy. Terbang RM10.00 duit IshaQ T_T~ Memang terharu betul menunggu train di situ. 45 minit pun lum nampak kepala train. Hurm.. Dah maghrib baru dapat train, bayangkanlah orang sesak macam mne..ciput cedut tul. Wafiy terlepas train. Kami berdua terpisah akibat kesesakan penumpang. IshaQ menjengah luar tingkap dan terlihat si wafiy sedang meronta nangis xdapat naik. Kessian.hehee~ Call Wafiy, bisiknya"Sampai hati.."

Sampai di serdang, nak kena tunggu train si wafiy pula. Sian, call sambil menangis.hehee~ And then, malam tu Abg Wan jemput dan bergerak ke lokasi program. Sesampai di destinasi, IshaQ dan Wafiy terkesima. Apa yang mampu dikatakan ialah...=|

Wokey, malam tu kami barisan fasi empat serangkai berbincang tentang gerak kerja untuk kem Motivasi esok. Sasaran peserta adalah umum, islam, 80 orang 11 hingga 16 tahun. Satu lagi kejutan untuk ishaQ..=| Dua dimensi peserta yang berbeza, latar belakang peserta yang misteri. Dengan kekuatan 4 orang fasi sahaja. Sangat mencabar kan..

"Jadilah seorang insan yang lebih banyak memberi daripada menerima"

Tema program kita ni agak mengejutkan. Perlukan komitmen yang tinggi, dan beperwatakan yang flexible. Alhamdulillah, Allah swt masih berikan kekuatan kepada ishaQ, Wafiy dan Eyka dalam setiap bentuk ujian dan dugaan yang berbeza-beza. Satu `ibroh yang sangat berharga untuk kami. Andailah anda tahu bagaimana keadaan kami, pasti anda akan terkejut. Walaupun wafiy jatuh sakit, demam sepanjang program, namun semangat dan kerjasamanya sangat tinggi dan mengagumkan. Thanx. Atikah, seorang yang berjiwa besar. Seorang insan yang sangat mulia, dan proaktif. Thanx 4 your help. Untuk ishaQ pula, tiada apa yang istimewa untuk dikongsikan bersama dengan adik2. Insan yang biasa, yang insya allah berusaha secara luar biasa demi kebaikan adik2.

"Setiap perkara ada hikmahnya dan setiap ujian itu ada rahmatnya"

Istimewa untuk adik2, abg is harap adik2 semua dapat menjadi seorang muslim yang sejati=) Jangan lupa janji kita ye. Kita hidup janganlah terlalu mementingkan diri. Apa sahaja yang kita lakukan, baik dalam keadaan yang senang mahupun susah, kita dahulukan kepentingan orang lain..ingat pesan abg tentang ithar kan?=) jangan lupa ye~ Adik2, Allah swt tidak akan mengubah nasib kita, melainkan diri kita sendiri. Ubahlah mana2 sikap kita yang tak baik, amalkanlah perkara2 yang baik. Insya allah, Allah swt sangat suka kepada kita dan lebih menyayangi kita. Jaga amanah yang kita ada dengan sebaik mungkin ye. Abg is, Abg Wafiy dan kak Eyka sentiasa merindui dan menyayangi adik2. Jazakumullahu khairon kathiran toyyiban mubarokan fih~

~Kak eyka tudung putih bersama adik2nya~

~Adik2 yang ceria~

~Adik Fauzan merencana pelan~

~Ukhuwah~

~Abg Wafiy~
 


Jambori Remaja Islam

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

TENTATIF PROGRAM

Tarikh/Masa Aktiviti

Ahad,22 Nov 2009

4.00-5.00ptg :Pendaftaran
5.00-6.00ptg :Taklimat Program
6.00-7.00mlm :Khidmat Diri/Makan Malam
7.00-.9.00mlm :Solat /Tazkirah
9.00- 11.00mlm :LDK 1:Mind setting/ Ice Breaking
11.00-11.30mlm :Minum Malam
12.00mlm :Kembara Mimpi

Isnin,23 Nov 2009

5.00-7.00pg :Qiamulail/Solat/ Slot Kuliah 1:Potensi diri 1:Sifat- Sifat Manusia
7.00-8.00pg :Riadah 1 : Group Binding
8.00-9.00pg :Khidmat diri/Sarapan pagi
9.00-10.30 pg :LDK 2: Potensi 2: Peranan Manusia
10.30-11.00ptg :Minum pagi
11.00 – 12.30ptg :Sambungan LDK 2
12.30-2.30ptg :Solat / Makan tengahari
2.30-4.30ptg :LDK 3: Pengurusan Diri 2: Strategi Pengurusan Masa
4.30ptg-5.00mlm :Solat/Minum petang
5.00-6.00mlm :Riadah 2: Team Building 1
6.00- 7.00mlm :Khidmat diri/Makan Malam
7.00-9.00mlm :Solat/ Kuliah
9.00-11.00mlm :Slot Kuliah 2: Pengurusan Diri 1: Masa & Kehidupan
11.00-11.30 mlm :Minum Malam
12.00mlm :Kembara Mimpi


Selasa,24 Nov 2009

5.00-7.00pg :Qiamulail/Solat/Slot Kuliah 3: Jati Diri 1:Pembinaan Akhlak
7.00-8.00pg :Riadah 3: Team Building 2
8.00-9.00pg :Khidmat diri/Sarapan pagi
9.00-12.30tgh :LDK 4: Jati Diri 2: War Game 1
12.30-2.30ptg :Solat / Makan tengahari
2.30 – 4.30ptg :LDK 5 : Jati Diri 3:War Game 2
4.30-5.00ptg :Solat/Minum petang
5.00-6.00ptg :Riadah 4: Penetapan Matlamat
6.00ptg-7.00mlm :Khidmat diri/Makan Malam
7.00-9.00mlm :Solat
9.00-11.00mlm :Malam Kebudayaan
11.00.11.30mlm :Minum Malam
12.00mlm :Kembara Mimpi


Rabu,25 Nov 2009

5.30-7.00pg :Solat/kuliah
7.00-8.00pg :Riadah 5
8.00-9.00pg :Khidmat Diri/Sarapan Pagi
9.00-11.00pg :Sidang Pleno
11.00-12.30tgh :Majlis Penutup
12.30-2.30ptg :Solat & Salam Perpisahan/Makan Tengahari/Bersurai


JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI,

SAUDARA ABD HADI :019-7536597
SAUDARI SARAH :013-3005610
 


Kem Motivasi Remaja Muslim

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

TENTATIF PROGRAM

Tarikh dan masa aktiviti


Sabtu, 21 Nov 2009

8.00 pagi: Pendaftaran peserta

9.00 pagi: Taklimat

9.30 pagi: Minum pagi

10.00 pagi: Ta’aruf: Ice breaking

11.00 pagi: LDK 1

1.00 petang: Makan tengah hari/ solat

2.30 petang: Slot 1 (Ceramah Motivasi 1)

4.00 petang: Solat/ minum petang

5.00 petang: Riadah: Team building 1

6.30 petang; makan malam

7.00 malam: solat

9.00 malam: LDK 2

11.30 malam: Minum malam


Ahad, 22 Nov 2009

5.00 pagi: qiamullail/solat

7.00 pagi: Riadah: Group Binding

8.00 pagi: Sarapan

9.00 pagi: Slot 2 (Ceramah Motivasi 2)

10.30 pagi: Minum pagi

11.00 pagi: LDK 3

12.30 tengah hari: Makan/solat

2.30 petang: LDK 4

4.00 petang: Solat/ minum petang

5.00 petang: Riadah: Penetapan matlamat

6.00 petang; makan malam

7.00 malam: solat

9.00 malam: LDK 5

11.30 malam: Minum malam


Isnin, 23 Nov 2009

5.00 pagi: Qiamullail/Solat

7.00 pagi: Riadah

8.00 pagi: Sarapan

9.00 pagi: Sidang pleno/ rumusan

11.00 pagi: Majlis penutup. Bersurai


*Jadual tertakluk kepada perubahan semasa


ANJURAN ABIM SERDANG

Dengan Kerjasama Surau Al-Furqan Seri Serdang,Masjid Al-Firdaus Seri Serdang


TEMPAT

Tahfiz Al-Firdaus Serdang (Perumahan Kembang Sari, Jln 1/8,Tmn Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan) dan Masjid Al-Firdaus Seri Serdang (sebelah Tahfiz ini)


TARIKH

21- 23 Nov 2009 (Sabtu-Isnin)


SASARAN PESERTA

80 orang remaja berumur 11-15 tahun


Jika berminat, sila hubungi En Wan Muhd. Fadli (017-7628025) email: wamfiwave@gmail.com

 


The war has began..=)

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Semester I Sesi Akademik 2009/2010



No Matrik : 1090271 No Sem : 1
Nama : MOHD NURISHAQ BIN MOHD FAUZI No KP : 900804015819
Program : SARJANA MUDA PERUBATAN DAN SURGERI
Fakulti : FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Kod Nama Kursus Set Tarikh Masa
Tempat No Meja








UBA1032BAHASA ARAB I-09/11/2009 2:30PM
EH L11038
PAA1015ANATOMY IMCQ/SEQ10/11/2009 8:30AM
EH L11038
PAA1015ANATOMY I-10/11/200911:00AM
EH L11038
PAA1015ANATOMY IOSPE11/11/2009 9:00AM
EH L11038
PAB1013BIOCHEMISTRY IMCQ12/11/2009 9:00AM
EH L11038
PAB1013BIOCHEMISTRY IMEQ12/11/200911:00AM
EH L11038
UTA1012TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA-13/11/2009 2:30PM
EH L11038
UTA1082TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI-16/11/2009 2:30PM
EH L11038
PAF1013PHYSIOLOGY IMCQ/OSPE17/11/2009 9:00AM
EH L11038
PAF1013PHYSIOLOGY IMEQ17/11/2009 3:00PM
EH L11038