.:: JanGan BerSediH BiLa SesEorAng MenYaKiti AnDa ::.

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Sobahul `asal! Pagi ni, rasa segar sngat2 even tgh cuti sbulan. Bosan?, xlah coz i know what i want to do and have to do-antara keinginan dan keperluan. Ahah, tu citer len. Skrang ni, nk berkongsi dengan anda yang suka sangat bersedih, bermuram durja, jauh di lubuk hati rasa kekecewaan terhadap orang lain, even sahabat baik sendiri yang sering menyakiti kita secara terang-terangan, mahupun melalui emosi dan mental.

Kita mungkin tergerak hati untuk menegur, meluahkan rasa ketidakpuashatian terhadap layanan yang kurang baik tersebut, tetapi tak sampai hati, memujuk diri bersabar dan bersabar. Secara kolektif, sehinggalah lava kekecewaan itu membuak-buak dan menular dan dalam segenap sanubari. Hatta, mencorakkan personaliti diri yang negatif seperti tidak berkeyakinan, rasa lemah dan takut kepada seseorang, selalu menyalahkan diri, sentiasa bersangka buruk, gangguan emosi dan sebagainya yang buruk-buruk.

Oleh itu, kita sebagai orang yang tabah, perlulah sentiasa optimis, berfikiran positif sepanjang masa. Muhasabah diri kita semula. Dimana kekurangan kita, dimana silap kita sehinggakan ada yang ingin menyakiti diri kita. Maka perbaikilah semula. Carilah sesuatu sebagai pendorong, penyokong diri untuk membentuk kekuatan dari segi fizikal mahupun mental. Jadilah orang yang kuat, kerana sesungguhnya Allah sukakan hambanya yang kuat.

Tanyakan kepada diri kita,"Apakah kemungkinan terburuk yang akan terjadi?"

Siapkan diri kita untuk menerima dan menghadapinya dengan tenang.

Kemudian, hadapilah dengan penuh ketenangan untuk menjadikan kemungkinan terburuk itu, menjadi lebih baik.


Ertinya: "(iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah s.w.t dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: 'Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka', maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: 'Cukuplah Allah s.w.t menjadi Penolong kami dan Allah s.w.t adalah sebaik-baik pelindung.'"
(Ali imran: 173)


 

2 comments so far.

  1. fieqa June 5, 2009 at 7:36 AM
    reflect ourself,
    be optimist,
    and do muhasabah always!..

    ^_^

    insyaAllah,
    salam mujahadah..
  2. lunasayang. June 7, 2009 at 3:43 AM
    aii, mcm tujukan kt a**r je.
    ;D ;D

Something to say?