Sebutir Mutiara

Category: , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Siapa yang dapat memahami sebutir mutiara ini? Mutiara kedua daripada tujuh mutiara milik seorang ibu dan seorang ayah yang amat disayangi. Mutiara ini merantau mencari erti kata kehidupan dalam dunia sarwa jagat yang penuh misteri ini..

Sungguh, pancaroba dunia realiti meletakkan mutiara ini pada roda kemanusiaan yang bersifat dinamik..adakala ia di atas. Melihat dunia yang luas dan terbentang jauh..terik mentari membuatkan mutiara itu menyilau sinar..adakala ia di bawah. Meneliti segenap ciptaan milik ilahi..merasai setiap keperitan hidup yang belum pernah dialami.. Ya, dan terus berputar di atas jalan yang belum pernah diterokai..

Dunia, lihatlah! Mutiara ini sudah memahami erti kehidupan yang dicari itu. Bukan, bukan sekadar itu.. Mutiara ini mengerti akan tindakan manusia dalam rencah yang pelbagai. Memberi intipati yang hikmah yang sukar dibicarakan. Lihatlah betapa matangnya mutiara ini, disekelilingnya tampak bekas-bekas ketabahan sepanjang merentasi onak yang tajam berbisa. Yang didampar luas tersedia khas untuknya. Siapa di antaramu yang tahu..?

Ya allah, sungguh diKau maha adil memberi mutiara ini akan hati yang istimewa. Yang mampu menyerap segala dengan baik. Yang mampu bersabar menghadapi kerenah segala. Yang mampu menenangkan. Yang mampu menahan segala.

Malangnya, kesakitan yang sudah lama timbul sedikit sebanyak menular, melemahkan hati..dan hati, tidak mampu lagi melindungi mutiara ini daripada arus hidup yang cukup ganas. Kini, roda kehidupan juga tidak mampu lagi untuk bergerak, terdiam kaku menanti masa menelan usia.. Tinggallah mutiara yang matang ini untuk mengembara sendirian, mencari sesuatu yang cukup pasti untuk berpaut teguh. Apakah yang menanti didepan sana sepanjang perjalanan yang sunyi ini..? Kegembiraan?

Personafikasi hidup sang Mutiara~
 

0 comments so far.

Something to say?