Sensation | Friday 231009

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi


Alhamdulillah, sampai pun kat uia Gombak. [2nd tyme]. Sebelum ni pernah datang, jumpa seorang yang sangat-sangat penting. Just, kali ni datang dengan urusan komitmen, amanah yang perlu dijalankan. Dua hari lepas [rabu 211009], abg khairullah a.k.a Ydp KpiJ panggil untuk TOt dan TOf PMG 2010 nanti. Maklumat yang ana dapat, just untuk satu malam sahaja. So, xperlula ana nk packing banyak-banyak, sekadar sehelai sepinggang cukupla. TOt start pukul 7.00 malam sampai 10.30 malam~ Entah macam mana, terpaksa start pukul 8.59 malam sampai 11.30 malam [follow waktu sendiri..hehe]. huhu, lambat 'sikit'..memangla, datang uia gombak naik public transport sahaja. Dari Glenview Villa, naik teksi ke stesen lrt Cempaka, then ambil train ke Masjid jamek, tukar lrt putra ke hujung terminal sana [Gombak]. Kelam kabut, nak kejar masa. Dalam lrt tu dah macam tin sardin. Cuba kalau naik motor or kereta, xke cepat kn?..[Lengah keluar rumah pukul 7.30 malam]

Sesampai di uia gombak, ADM lr7. Semua rakan-rakan seperjuangan dah readily take seat. Wah, dah berbulan-bulan xberjumpa dengan abang-abang, kakak-kakak yang komited dengan harakah kpiJ ni. Marha-marha!;) abang dat, tokoh penggerak yang ana segani. Kata-katanya sangat praktikal, dan menyentuh aspek-aspek penting diri individu sama ada dalam peringkat qiyadah ataupun jundiy yang relevan dan kritikal. [Boleh tahan laser jugak]. Well, Banyak jugak yang dibincangkan, so, i've been up-to-date la.. Apa yang ana dapat fikirkan;"Apa sahaja yang kita lakukan, mestilah RABBANI"..besar maknanya tu. Then, surprisely, abg khai inform yang program dilanjutkan esok...nak sarung baju apa esok ye..? Kulit pisang?


Malam tu tidur kat mahallah zubair al-awwam, dalam bilik abg khairullah. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan. Banyak jugak buku-buku ilmiah dalam bilik tu. Biasalah, law student . xkurang hebatnya. Ana terjumpa dua buah buku yang sangat menarik. Karangan alfadhil ustaz Parol Juoi, sebuah buku yang mengisahkan isi hati seorang lelaki dalam konteks diri sebagai seorang suami, ayah, anak hamba dan sebagainya. Jalan cerita bergaya tenang dan mudah, namun sangat memberi makna yang mendalam. Sebuah buku lagi mengenengahkan isu cinta remaja zaman sekarang menurut perspektif yang berbeza. Banyak positive guideline yang boleh ditimba. Abg khairullah had to woke up early at 3.00am, coz nak fetch akak-akak kpiJ di stesen pudu yang datang nun jauh dari kampus UDM.

Esoknya, we all gather untuk membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan gerak kerja, haraki secara menyeluruh serta perencanaan program yang bersifat rabbani secara besar-besaran akan datang. [Jambori siri 1] Yes, well-known platform, sebuah wadah anak negeri, subset of pkpim yang bergerak secara explicite in order to sustain syiar islami di seluruh negeri johor darul takzim. Semoga Allah swt permudahkan urusan kami, dan memundurkan sekaligus meranapkan segala gerakan kristianisasi khusus dalam negeri johor. Allahu akbar!



"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan jadikan dirimu umpama pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu fantasi yang hanya layak dijadikan kayu api"
 

0 comments so far.

Something to say?