MOtivasi Jiwa
Dalam saat ketersibukan waktu yang kita ada sekarang ini, bekerja..bekerja, dan terus bekerja, agak2nya kita ada ingat Allah swt ke tidak? Usap dada, bisikkan dengan lembut penuh kasih sayang kepada hati.."bagaimana ye, khabar imanku hari ini?" Hidupkah..atau matikah? Bahagiakah..atau sengsarakah? Sengsara derita kerana terlalu sibuk bekerja sehingga tiada masa bertadabbur dgn Alquran.. Atau adakah sengsara derita kerana tiada terjumpa masa yang kosong untuk berinteraksi dgn Allah swt?
Manusia adalah makhluk terpilih selayaknya menjadi khalifah keatas segala makhluk ciptaanNya yang lain, serta tunduk patuh beribadah kepadaNya walau sesukar mana keadaan sekalipun. Kita adalah pilihan Allah swt, dilahirkan sebagai manusia, yang teristimewa berbanding makhlukNya yang lain untuk menggalas beban teramat dahsyat ini. Mentadbir makhluk ciptaan Allah swt dengan sebaiknya. Dalam setiap kesukaran waktu mentadbir makhlukNya sekalipun, wajib bagi kita untuk terus menerus bergantung harap kepadaNya.. MengingatiNya dari segala sudut yang kita ada, mencari makna ketuhanan didalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
Dimana sahaja ada kesukaran, maka tempuhilah dengan baik. Dimana sahaja ada kesulitan, maka selesaikanlah, rasakanlah keteguhan iman kita itu dgn bekal2 keyaqinan kita kepada Allah swt. Sungguh, dalam setiap kesulitan itu ada kemudahannya.. Sungguh! dalam setiap kesulitan itu ada kemudahannya!.. Maka, mengapa perlu bimbang dan berkira2? Maka, sambutlah setiap ruang2 ujian, kesusahan, kesulitan dalam bekerja keranaNya itu sebagai sebuah tawaran yang sangat2 hebat yang sangat2 terhad.. Jadikan diri anda insan yang terpilih untuk merasakan sendiri hasil janjiNya yang sangat2 pasti ini. :) Cari! Hadapi sekarang, Lakukan sekarang. kerana rasanya meresap sehingga ke akar jiwa, dan sangat2 sejuk dan menenangkan!