Disko di Malaysia!!

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
29/03/10
8.05am

Pagi yang indah. Badan rasa letih walaupun semalam tidur awal (2322pm), sejurus selepas sampai dari segamat. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Pagi ni macam biasa, roomates semua dah bergerak ke kampus. Jadi, naik teksi la jawabnya. Jam dah menunjukkan pukul 8.15 pg. Oh ye, pagi ni baru teringat ada kuliah anatomy dengan Prof Ezz Eldin pukul 8.30 pg. (15 minit lagi masa tinggal sebelum bermulanya kuliah).

Alhamdulillah, sampai je dibawah, terus dapat teksi. Memang bernasib baik hari ini. (10 minit lagi sebelum kuliah bermula..) kali ini, dapat pemandu teksi orang melayu. Macam biasa, ada maklumat pendaftaran pemandu teksi di sebelah kiri dashboard. Orangnya mesra, pelat suaranya seakan dari indonesia. Berumur 48 tahun berkulit sawo matang. Kami pun mula berbual..

Pakcik ini menyangka saya pegawai di MPAJ. Makanya, dia meminta saya untuk 'kasihan sama mereka..' Saya pun tersenyum simpul. Saya ni belajar di sana, bukan bekerja. Kami pun ketawa kecil.

Wah, memang benar, pakcik teksi ini berasal dari Surabaya, sudah 28 tahun menetap di Malaysia. Mempunyai 3 orang anak yang sulung bekerja, yang kedua masih belajar di universiti. Anak yang kedua pintar orangnya. (8 minit lagi sebelum kuliah bermula..)

Em, pada saat itu, terkenang waktu jaulah ke indonesia. Memori lama menyinggah sebentar. Bersama dengan pakcik teksi yang berasal dari Surabaya ini mengingatkan kembali suasana semasa berada di Jakarta. (^____^) hurm~ Saya pernah ke jakarta ya, jumpa teman-teman, mahasiswa di Universitas Indonesia. Em, semasa di Jakarta, saya berpeluang ketemu sama menteri. Anis matta, seorang menteri yang berfikrah islamiah. Pakcik teksi ni kurang arif tentang politik nampaknya. Oh ye, sudah lama di Malaysia.. yang dikenalinya hanya Soekarno dan Soeharto.. iya, mereka hebat orangnya kata pakcik teksi. Em, saya pun terdiam sahaja. Setahu saya, Soeharto ranking no satu dunia kalau bab-bab suap-menyuap dan menggelap duit. Alahai..

'Malaysia ini maju. Ekonomi ok, belajar pun ok, nggak ada ganas-ganas.' Kata pakcik. Saya pun tersenyum simpul sambil fikiran masih terarah ke kampus.. (5 minit lagi sebelum kuliah bermula..huhu) Pakcik bawa teksi perlahan. Dahla tersalah ambil jalan. Terlajak
Saya hanya mampu tersenyum..xpe2.

"Malaysia ni sebuah negara ekonomi yang baik. Pusat-pusat disko dan pub2 tu pun bisa menyumbang kpd ekonomi. Makanya, buat apa ditutup..kan lagi baik kalau ada" Keluh pakcik teksi. Saya sedikit tersentak.. Sambung pakcik,"Memangla pusat disko tu tak baik, negara islam, tapi apa salahnya kalau kita biarkan dibuka..dapat jana ekonomi negara" Alahai pakcik..

YES, ADA CHANCE BERDAKWAH!!

Saya mula terdiam, memikirkan betapa daifnya pakcik ini dalam hukum agama..sebagai individu islam yang benar-benar beriman, tidak sepatutnya berfikir sebegitu.. Dalam fikiran saya masa itu, menerjah kesemua hujah-hujah tajam yang menjawab semua persepsi pakcik tersebut..manhaj hidup muslim bab 7, 8. Kata2 Abul `ala almaududi, Firman2 allah dan sebagainya..mana nak mula ni ye..alahai, sempat ke..dah nak sampai kampus dah..


First, check niat dulu..yup, ok. Perlu perbaiki sistem nilai pakcik teksi ni. Jangan sesekali timbul KEINGINAN..rapuh pula keikhlasan nnt. huhu

Second, macam mana ye, nak beri penghayatan kat pakcik ni.. Kita bukan nk kecilkan pakcik ni or timbulkan sakit hati. Bukan nak patahkan hati, tapi kita nak bentuk, lentur semula.. Yang penting bilhikmah~ Make sure setiap kata-kata yang kita lontarkan sedap nadanya, dan menusuk hati, bagaikan berkongsi ilmu yang bermanfaat. Kita nak ajak benda baik kenala cara yang baik.. Nak ke kalau iman kita pula yang disentap Allah?..-_-

DAH SAMPAI PUN..=|

Sebelum tutup pintu, sempat beri salam, insha allah, ada rezeki kita jumpa lagi ye pakcik. "Em, pakcik, saya terfikir la, kalau kita biarkan kelab-kelab malam ni ada kan, xlama lagi mesti ada yang nak bom kan?..Oh, makanya, malaysia tidak ubah macam indonesia lah ye.. Keganasan dan bunuh sana sini selepas pengeboman itu. Em, takut-takut la kalau di malaysia ni, disko merata-rata, masyarakat jadi teruk, lantas dilanda tsunami macam kat aceh ya..masya allah..isy3.. Ingatkan boleh maju ekonomi, tapi bala yang dapat dari Allah. Ok, Assalamualaikum pakcik.."sambil tersenyum simpul~

(2 minit lg sebelum kuliah bermula..)

Wah, hari ni gabung lecture dengan 2nd year la...padatnya lecture hall..=O
Well, its ok asalkan port biasa dalam lecture hall dah cop dulu~
 

0 comments so far.

Something to say?