Suci jiwa (1) Laknat Allah buat si Penghalang Kebaikan

Category: By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi
Seinfiniti rasa kesyukuran kehadrat ilahi atas kesempatan iman yang diberi. Semoga berpanjangan sehinggalah tiba ke syurga nan indah yang hanya dijanjikan bagi orang-orang yang beriman dengan sebenar-benar iman. Selawat dan salam buat junjungan, baginda nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat serta sahabat yang mengikuti. Nabi saw yang menyampaikan pengertian iman dan taqwa dari sudut pemahaman dan penghayatan secara rabbani sehingga membawa kita meneroka jauh menuju keredhaan Allah swt. Subhanallah.

Dalam konteks individu muslim, perlulah disemaikan didalam hati tentang ma`rifatullah sehingga ia hidup mengakar menjadi subur selama mana kalimah Allah swt tidak luput dari jiwa nurani, hayat mampu dikandung badan, jantung masih berdegup, setiap sel-sel masih berfungsi. Bila kita mampu mengenali Allah swt, sifat-sifat Allah, kekuasaan allah maka sudah tentunya aqidah kita akan jadi lebih sejahtera. Tiadalah pengharapan terhadap sesuatu yang lain selain daripada Allah swt walau sedikit. Ketika itu kekalkanlah kesuburan hati dengan ketenangan iman yang dikurniakan. Laksanakan segala ibadah dengan baik. Mudah-mudahan imbalan yang terbaik dianugerahkan kepada kita.

Dalam konteks kehidupan bermasyarakat, tidak boleh tidak, sebagai seorang muslim yang memahami kepentingan islam itu dalam kehidupan menyeluruh, mengapa perlunya kita menyeru dan mengajak kepada kebaikan, mestilah sentiasa meyakini bahawa apa yang sedang kita usahakan, untuk membawa sesiapa sahaja kembali ke landasan yang menuju keredhaan Allah swt itu adalah benar. Tawaran Allah swt adalah benar. Tidak perlu gusar, tidak perlu bimbang terhadap anasir yang menghalang. Janji Allah swt adalah benar. Firman Allah swt adalah benar.

Sebagaimana yang digambarkan di dalam Al-Quran, surah Al A'raf surah yang ketujuh, dari ayat 44 sehingga 45 dimana para penghuni syurga yang telah mendapat petunjuk ke syurga, yang telah menyaksikan nikmat keberadaan di syurga seperti sungai-sungai yang mengalir, menyeru kepada sekalian penghuni neraka dengan berkata,

"Sesungguhnya, kami telah memperoleh apa yang Dijanjikan Tuhan kepada kami itu benar. Apakah kamu telah memperoleh apa yang Dijanjikan Tuhan kepadamu itu benar?"

Mereka menjawab,

"Benar"

Kemudian, malaikat mengumumkan diantara mereka,

"Laknat Allah bagi orang-orang yang zalim"

Orang-orang yang zalim ialah orang-orang yang menghalang-halangi orang lain dari jalan Allah swt dan juga ingin memesongkannya. Orang-orang yang zalim ini dimaksudkan Allah swt dlm ayat 45 sebagai orang-orang yang mengingkari kehidupan akhirat.

Ujian atau mehnah yang datang bersama sewaktu kita berusaha mengajak kepada kebaikan, menuju keredhaan Allah swt, sebenarnya merupakan suatu nikmat. Nikmat yang macam mana ye? Suatu nikmat yang sebenarnya menggilap lagi dan lagi keimanan kita kepada Allah 'azzawajalla sehingga menyinarnya cahaya ketaqwaan. Suatu hikmah yang jarang kita fikirkan, yang sebenarnya telah pun dipakejkan dalam tawaran atau jual beli yang kita buat dengan Allah swt.

Jadi beringatlah, kepada yang suka mendengki, rasa tidak senang tengok orang lain buat perkara baik, seandainya kita seringkali atau mencuba untuk menghalang orang yang menyeru kearah kebaikan, yang membawa kepada keredhaan Allah swt bahkan memesongkan sesiapa sahaja hamba Allah swt didunia ke arah kebinasaan dan kekufuran, maka bersedialah untuk menerima laknat dari Allah swt. Na'udzubillah


 

0 comments so far.

Something to say?