cinta berteras khianat

Category: , By Mohd Nurishaq Mohd Fauzi

Ada seorang hamba allah.
Setelah sekian lama berkelana tidak pulang ke pangkuan keluarga tanpa sebarang khabar, tanpa sebarang berita, akhirnya pulang membawa seorang isteri. Muda dan bergaya sehingga mendedah aurat. Pihak keluarga walaupun terkilan atas sikap hamba allah ini, namun tetap tersenyum mesra mengerat kembali hubungan. Si isteri ini seorang yang tidak mesra sikapnya.. Alhamdulillah, walimatul 'urus tetap dilaksanakan. Keluarga si hamba allah ini tertanya2 mengapa si isteri tersebut menangis tidak mahu mengadakan walimatul 'urus....dan sehingga hari tersebut, pasangan suami isteri ini kembali menghilang tanpa khabar.. Rasa terkilan mengisi ruang hati pihak keluarga..

Selang beberapa bulan, akhirnya tiba juga berita. Namun apa yang mengejutkan apabila hamba allah ini ditangkap polis dan dipenjara. Hamba allah ini didakwa atas tuduhan memiliki dadah di rumahnya dan beliau menafikan dakwaan ini dan beliau sendiri terkejut dengan penemuan dadah tersebut dirumahnya. Beliau disabitkan kesalahan lalu menjalani hukuman penjara dan sebatan. hamba allah yg menyatakan dirinya dianiaya ini mengharapkan si isteri untuk membantunya dengan menjelaskan jaminan.


Bagaimanakah pula dengan isterinya?

Si isteri menghilang tanpa dikesan. Anak angkat yang diambil hamba allah ini dipulangkan kembali ke rumah anak yatim. Si isteri keras mendakwa bahawa dadah yang dijumpai dirumahnya itu milik hamba allah ini. Milik hamba allah ini dakwanya..milik hamba allah ini! Si isteri membisu tanpa membantu hamba allah ini walaupun untuk menjelaskan wang jaminan membebaskan suaminya. Tiada khabar berita, segala harta, rumah, aset dan kereta hamba allah ini hilang bersama si isteri. semuanyanya lesap tanpa meninggalkan satu sen pun untuk hamba allah ini. Sehelai sepinggang hamba allah ini. Kemanakah isterinya menghilang selepas kejadian ini?

Wallahu ta'ala a'lam. Perkahwinan yang baik adalah perkahwinan yang direstui kedua2 keluarga.


http://farm4.static.flickr.com/3134/3082380245_a17b6014b2.jpg

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (An-nisa’:1)

 

4 comments so far.

  1. Anonymous May 25, 2010 at 2:24 AM
    ???motif untuk post nih?
    xpaham pengajaran.
  2. Anonymous May 25, 2010 at 2:25 AM
    maksud xpaham tuh ialah, cara pnceritaan cerita
    macam xde kne mengena dengan pengajaran.
  3. Anonymous May 25, 2010 at 2:58 AM
    Apa yang awak cari? Kalau 2 3 kali baca pun awak xfaham langsung, jelas yang post ini bukan untuk awak. Belum masanya lagi untuk awak..

    satu nasihat dari hati saya, fahamilah erti sebenar perkahwinan menurut islam..dan hikmah disebaliknya menurut perspektif hablum minannas dan keredhaan allah swt. Jzzk..
  4. fiqhullughah June 7, 2010 at 6:26 PM
    salam : maaf jika saya ingin mencelah, penceritaan dalam post ni saya rasa agak kurang jelas pada awalnya,mungkin sekali imbas bila dibaca,penekanan "restu ibu bapa" tu kurang..tetapi kalau anda baca kali ke-2, sy rasa sudah boleh difahami..

    Saya juga xtahu jika penulis mempunyai maksud tersirat dlm cerita ini, sama ada berdasarkan pengalaman hidup o ingin menegur seseorang..tapi pokoknya, mengingatkan kita agar tidak mendahulukan nafsu dan keinginan sendiri melebihi restu ibu bapa..

    cuma kekeliruan timbul bila tajuk post ni, "cinta berteras khianat"..adakah itu dimaksudkan dengan cinta dan kasih ibu bapa yg dikhianati anaknya, atau cinta seorang suami yg dikhianati isterinya??..tepuk dada tny iman..Wallahu A'lam.

Something to say?